Hosting Terbaik dari Ladang. Nak setup Hosting & Domain Just PM me :)

Malaysia Web Hosting

Thursday, December 29, 2011

Apabila isteri ganas

Opps ini bukan entri ganas yang anda fikirkan ;). Aku nak cerita pasal satu kes di mahkamah berkenaan seorang suami yang kena pukul dengan isteri.

Mula-mula aku ingat, takkan kena pukul dengan file dah buat report polis. Manja betul suami ni. Suami umur 47 tahun, isteri seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD). Kejadian berlaku di dalam kereta di trafik light.
Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Setahun penjara tuh, jgn main-main. Aku ada google nama isteri dia. Pegawai dekat Kementerian Pengajian Tinggi. Lepas tu boleh dapat no ic lagi, bahya betul senang2 je bleh dpt no ic, malas nak godek lagi. Ingat nk tgk gamba dia brutal ke tak brutal hehe.

Macam-macam kemungkinan ada, nak tuduh2 tak baik plak. Tapi pada aku, kalau semata2 sebab kena pukul dengan fail pun nk report polis masuk kes mahkamah. Agak2 la, banyak lagi kes yang hakim nak layan. Setel2 la elok2 yer dak.

Menda kecik pun nak masuk mahkamah. Ah malas nak citer lagi, lu pikir lah sendiri..peace yo haha





Sunday, December 25, 2011

Jom layan Yuna, Coffe

Yuna - Coffee by buzzbands

Tak reti aku nak mengomen lagu, tapi pada aku lagu ini sedap didengar. Boleh layan masa nak tido hehe.

 Sekarang Yuna di LA, bikin lagu. Semoga kekal bertudung, all the best

Monday, December 19, 2011

Hidup dengan Unifi

Banyak betul yang berudah bila dah ada Unifi ni.Sebab apa? Banyak movie boleh download, banyak OS yang boleh download dan banyak masa depan laptop jek.

Anak aku lagi la, depan Youtube jek. Kalau tak Upin Ipin, BoBoiBoi dan yang paling baru Pada Zaman Dahulu. Pada Zaman Dahulu, memang best. Mengembalikan zaman masa budak-budak aku dulu. Tengok sang kancil dengan monyet memang seronok. Sekarang sudah versi baru dah lebih menarik serta lawak. Pendekatan yang bagus kepada cerita rakyat oleh Les Copaque.

Aku pulak keja sedut movie, dari Merlin ke TeenWolf ke Game of Throne. Kadang aku main download jek, tengok kemudian. Kalau best simpan, kalau mengarut terus delete.hehe TERBAEKK !!


Tuesday, April 19, 2011

Damia, Atiqah dan Gre Ning

From Drop Box


Damia dan anak jiran sebelah Atiqah memang baik. Tiap petang main bersama, dari pondok-pondok ke menanam pokok. Gre Ning plak, ialah seekor anak kucing peliharaan mereka berdua. Nama Gre Ning tu pun mereka berdua yang beri, aku pun tak faham apa maksudnya. Nak kata anak kucing tu hijau tidak lah plak. Kaler oren adala.
From Drop Box


Anak aku masa kecik bukan main takut lagi kucing ni. Sekarang bukan main berani lagi. Pegang kucing, sembang-sembang dengan kucing. Nak tergelak pun ada bila dengar perbualan Damia. Aku plak sejak dari kecik memang tak pernah bela kucing. So bila anak aku minat dengan Gre Ning ni, kesian plak. So aku beli la makanan kucing. Aku pun baru tahu makanan anak kucing dengan kucing dewasa berbeza-beza.
From Drop Box

Semenjak adanya Atiqah, anak jiran sebelah yang aru berpindah, Damia tkde la boring sangat. Ada je aktiviti di depan rumah. Kalau tidak pun dia akan main dengan si Gre Ning. Yang bagusnya,dia dengan Atiqah akan sama-sama belajar baca doa dan menyanyi hehe. Tapi kadang-kadang bergaduh jugak..budak-budak biasala.

Bercerita pasal jaga kucing ni, aku teringat ada Ustaz bercerita mengenai berbuat baik dengan binatang. Kisah seorang lelaki yang memberi minum seekor anjing yang kehausan di padang pasir. Setiap kebaikan yang kita lakukan akan mendapat balasan yang baik walaupun sebesar zarah. InsyaALLAH renung-renungkan.

Saturday, April 9, 2011

Klik dan Menang Hadiah di Says.my




Salam semua,

Says.my antara salah satu komuniti yang popular di Malaysia. Komuniti ini yang membawa YouthAsia di Malaysia. Pada bulan April ini, mereka menyambut Birthday mereka yang ke 3.
Berita baik, mereka ingin menyambutnya dengan meberi pelbagai hadiah termasuk Macbook Air, Smasung Plasma TV, iPhone 4, Canon SLR, iPad 2, trip to South Korea dan banyak lagi. Setiap hari pemenang akan dipilih secara rambang berdasarkan klik yang mereka terima. Semakin banyak klik semakin cerah peluang untuk menang.

Bagaimana Nak Join ?

Mudah aja.



Sila join contest tersbeut dengan menggunakan login Facebook. Share link-link contest yang diberikan, maybe you will be lucky.
Setiap hari sehingga 30 April ini, pemenang akan diumumkan. So kemungkinan anda diumumkan sebagai pemenang adalah tinggi jika anda berusaha lebih hehe.

Setiap klik dari kawan anda, anda mendapat 20 sen dan satu peluang.
Setiap ahli baru yang sign up dibawah anda, anda akan menerima RM 1 dan 10 peluang.

Semakin banyak peluang anda, semakin tinggi peluang anda untuk dipilih sebagai pemenang. Mudah kan.
Akhir sekali, jika anda tidak menang pun, anda akan dapat juga duit dari klik yang anda terima.

Cukup RM 50 anda boleh cash out kan ke akaun anda. So nothing to lose. Good Luck