Semenjak balik ke Malaysia ni, banyak juga benda baru yang saya jumpa. Dari GrabWallet ke Panda food ke Boost, poning den. :)
So masa isi minyak di Petronas ni nampaklah iklan Setel ni, bayar tak payah beraturla bagai. So dalam hati fikir, ai makin malas la rakyat Malaysia ni, nak pergi beratur bayar minyak pun malas.
Sekali pergi tak minat lagi nak try, 2 kali pergi tak nak install jugak,kali 3 isi minyak terbaca iklan ada promosi boleh dapat cash back 10% kalau pakai apps ni.
Terus dengan pantas abang install..haha. Duit tu sapa nak bagi kan.
Register dan link kan dengan kad kredit/debit lepas tu link kan juga dengan kad mesra. Kad mesra ni penting juga sebab nak kumpul point. 3 point untuk setiap liter minyak yang dibeli. So nanti bila dah banyak point boleh convert terus kepada cash thru app Setel ni. Online je, kan mudah.
Cara nak guna pun senang , pergi ke stesen minyak , buka app ni di dalam kereta, pilih berapa ringgit nak isi , pilih no pump, sahkan dengan pin atau cap jari.
Kemudian tunggu pengesahan, dan apabila dapat pengesahan boleh terus isi. Mudah bukan.
10% Cashback Reward
Untuk cashback 10% ni, anda perlu isi sebanyak 3 kali dalam masa sebulan. Kemudian anda akan terima cash back RM15 maksimum.
So paling banyak pun RM15 la anda boleh dapat ok.
Tapi kalau nak dapatkan lagi cash RM5 untuk cukupkan RM20 cash back anda, sila klik link di bawah untuk install aplikasi setel ini.
0 Ulasan