TnG RFID untuk ganti Smart TAG?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



22 September lepas, surau ada buat program pemasangan Percuma TnG RFID. Mula-mula tu macam malas sebab macam-macam dokumen nak kena prepare.

Kereta pulak nama abah, so fikir-fikir balik macam tak berbaloi plak. Nak prepare photostat geran lagi, ic bagai. So ingat nak skip je la.

Kebetulan masa program berlansung, ada tetamu datang nak ambil barang dari Turki so saya pun turun la angkat barang.

Bila dah turun tu, singgahla surau kejap tengok diaorang buat penerangan tentang RFID ni. Bila dah dengar penerangan tertarik plak. Lebih-lebih lagi bila usha di kaunter pendaftaran tak perlu pun bawa photostat geran dan covernote semua.

Janji dah pre register di  http://rfidregister.touchngo.com.my dan download Touch 'n Go eWallet.

Just isi surat kebenaran oleh owner untuk pemasangan sahaja dan terus approve boleh pasang.

RFID ini macam sticker je tapi ada kod bar dan chip dilekatkan di cermin luar belah kiri atas. Mengikut kata installer tahan untuk 5 tahun. Melainkan kena vandalism atau budak-budak gatal jari pergi kopek sticker tu. Tapi katanya ada 2 layer. So susah la sket nak rosak.

Pemasangan mengambil masa 10 minit sahaja. Lepas lekatkan di cermin, installer akan test dengan sensor samada berfungsi dengan baik atau tidak.

Kelebihan RFID ini berbanding smartTAG adalah anda boleh top up secara online dan nilai tol ditolak terus dari e-wallet TnG. Installer juga ada beritahu yang SmartTAG akan dimansuhkan tidak lama lagi. Adui dahla saya baru je beli SmartTAG bulan lepas.

Yang penting anda kena link kan e-wallet anda dengan debit card/credit card untuk memudahkan proses reload atau autoreload. Setkan baki minimum untuk  autoreload untuk mengelakkan baki anda tidak mencukupi.Pastikan baki anda cukup sebelum keluar memandu.

Untuk makluman, setiap pemilik e-wallet TnG boleh memasang sehingga 10 kereta. Anda juga boleh lakukan semakan terhadap setiap transaksi tol anda. Boleh download resit tol untuk buat claim dan macam macam lagi.

TnG eWallet

Jika anda belum download lagi TnG eWallet ni, baik dowload sekarang. Sebab macam-macam cashback dan promosi yang anda akan dapat.

>> Download SINI

Anda boleh buat pembayaran, transfer duit kepada rakan, beli tiket wayang, tiket kapal terbang dan bayar parking juga.

Even nak top up telepon boleh dan dapat cash back lagi. Apa tunggu lagi, jom RFiD


PANDUAN PEMASAGAN RFiD
1) Download Touch 'n Go eWallet dan pastikan mengingati 6 digit PIN. Jika lupa, boleh tekan "Forgot PIN" dalam aplikasi berkenaan.
2) Pre-register di http://rfidregister.touchngo.com.my dan isi butiran diri dan kereta
3) Datang ke kaunter pendaftaran utk lengkapkan proses.
4) Sediakan salinan kad pengenalan atau lesen, salinan insurance covernote yg belum expired atau geran, dan kereta perlu dibawa
5) Bawa sekali kad Touch 'n Go (jika ada)

NOTA:
i) Salinan ic atau lesen pemilik eWallet sahaja diperlukan dan kalau kereta nama orang lain boleh isi surat kebenaran disediakan di kaunter.
ii) Satu eWallet boleh pasang maximum 10 kereta.
iii) Proses hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja dan dijamin percuma
iv) Follow Instagram & Facebook @touchngorfid






Catat Ulasan

0 Ulasan