# Online Konon
Masa
zaman aku dulu permohonan biasiswa semuanya mengunakan borang, senang
bawak borang dan suruh saksi sign. Siap ada interview lagi by JPA. Al
kisah adik aku masuk uitm melaka, kena lah plak mohon PTPTN online.
Dalam fikiran aku dah canggih sekarang ni semua dah pakai internet. Isi
borang dalam talian dan terus submit. Tapi pengalaman aku mengisi borang
online PTPTN ni cam harem.
-
Fine,aku bukannya tak reti langsung isi borang online, dah banyak dah
aku isi.But, itu tak bermakna PTPTN harus lepas tangan, Takde langsung
tutorial ke video ke how to fill the proper form. Ingat makcik dan
pakcik kat kampung reti ke nak isi, budak-budak baru ni pun mana lah
tahu sangat. Kalau ada pun tak semua, FB ke Myspace ke diaorang reti la.
-
PTPTN provide only 1 alternate address untuk backup their main site.
Boleh bayangkan satu je backup, padahal beribu-ribu orang nak isi.
Bukannya 2 minit sorang nak isi, my experience nak isi 2 3 hari pasal
server problem. Bila dah isi nak save error, ada lah 10 kali aku isi
just one page jerk. Pastu error error memang annoying gila.
-
Telephone support- First time aku call, engage memanjang. Bila aku call
keesokan harinya terus takde nada ringing pun haha.. Baru-baru ni baru
lah PTPTN bagitahu diaorang dah setup 26 line untuk talian bantuan haha.
Sebelum ni satu je kot.
# Tips untuk Anda
Ok kat sini aku nak share sket pengalaman isi form PTPTN secara online.
(Copy dari page PTPTN) Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan secara atas talian (online):
- Memenuhi syarat-syarat permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN.
- Mempunyai No. Pin yang boleh diperolehi dari Bank Simpanan Nasional (BSN). No. Pin hanya sah 6 bulan selepas tarikh daftar permohonan (Pendaftaran Kali Pertama).
- Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing. (kecuali pelajar kemasukan melalui pengambilan UPU bagi peringkat pengajian Diploma/Ijazah Pertama sesi Julai 2010/2011 dari Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Univerisiti Teknologi Malaysia Caw. Kuala Lumpur (UTM KL) untuk sesi kemasukan Julai 2010/2011 dimana pembukaan akaun bank diuruskan oleh pihak IPT).
- Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.
- Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal / berhenti / mendapat penaja lain / membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
Tips 1 – Guna Internet Explorer, not Firefox or Chrome kalau tidak menyesal sajaa
Tips 2 – Isi setiap maklumat dengan tepat dan klik save/simpan. Kalau tidak buat penat jerk isi berkali-kali.
Tips 3 – Guna alternate server/alternate adress yang diberikan untuk mengelakkan kesesakan.Server error seperti biasa akan berlaku kerana ramai yang akan akses terutamanya di waktu puncak.
Tips 4 – Bila dah isi maklumat, klik simpan dan klik seterusnya. Menu baru akan muncul apabila setiap page telah diisi dengan lengkap. Contohnya #status permohonan dan #cara memohon. Menu tersebut tidak akan keluar jika anda tidak isi maklumat dengan lengkap.
Tips 5 – Apabila semua data dan maklumat telah diisi, klik menu #cara memohon dan klik button #mohon. Kemudian klik #simpan dan klik #seterusnya.Sehingga keluar page seperti di bawah. Nombor permohonan dan tarikh hantar permohonan.
Peringatan *Jika anda tidak mendapat/berjumpa/sampai ke page di atas. Ini bererti anda belum lagi menghantar permohonan ini*
Itu lah yang berlaku pada aku. Aku ingat dah settle semua rupa-rupanya tak settle lagi. Adik aku call check permohonan dia tiada status sebab tak hantar lagi. Damnnn berpuluh kali aku isi asyik errorrr last2 tak submit jugak. Rupanya baru aku tahu aku tak klik butang seterusnya selepas aku klik mohon. Bangang betul.
p/s aku kena tukar no permohonan adik aku kang kena ban plak karang hahah
6 Ulasan
2)pnjga yg takde slip gji kne isi x ruangan gaji?
To be safe, better call PTPN sendiri.
Minggu ni ada promosi dari PTPTN di cawagan mereka 26-2 8 Dec 2014.
Boleh rujuk disini
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/promosi-ptptn