Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sebelum ini saya ada kongsikan tentang Cara Hendak Mohon eBRIM 2015 secara online dan Tips Memohon eBRIM 2015. Untuk perkongsian kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca dan pemohon eBR1M 2015 tentang cara untuk semak status permohonan eBR1M 2015 anda.
Untuk makluman, pembayaran BR1M 2015 untuk peringkat pertama (Januari 2015), telah pun dilaksanakan. Ada yang sudah menerima bayaran BR1M 2015 ke dalam akaun mereka.
Jumlah pembayaran BR1M 2015 adalah seperti di bawah :
PEMOHON | PENDAPATAN SEBULAN | BAYARAN BR1M | TARIKH BAYARAN |
KELUARGA
| RM 300 - JAN | ||
< RM 3000 | RM 950 | RM 300 - MAY | |
RM 350 - SEPT | |||
RM 200 - JAN | |||
< RM 3000 - RM 4000 | RM 750 | RM 200 - MAY | |
RM 350 - SEPT | |||
BUJANG | < RM 2000 | RM 350 | RM 350 - JAN |
Jom SEMAK Status eBR1M 2015 Anda
Kepada yang telah memohon dan ingin mengetahui status permohonan anda, boleh lah klilk pautan di bawah :Semakan Status eBRIM 2015
1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di kotak merah dan klik butang SEMAKAN STATUS PERMOHONAN
2. Kemudian anda akan menerima 2 Soalan Keselamatan untuk anda jawab. Soalan keselamatan ini akan berubah-berubah. Antara contoh soalan keselamatan yang akan ditanya adalah :
- Nama anda seperti dalam kad pengenalan
- Nama pasangan anda
- Nombor kad pengenalan pasangan anda
- Poskod bandar yang telah anda daftarkan
- Nombor akaun bank yang telah anda daftarkan
* AWAS! pastikan anda menjawab Soalan Keselamatan dengan betul dan tepat, Anda hanya diberikan 3 kali percubaan sahaja. Oleh itu sila pastikan segala data dan maklumat yang diperlukan ada dicatit bersama anda.
3. Setelah anda menjawab 2 soalan diatas dengan tepat, barulah anda akan diberi status permohonan BR1M 2015 anda. Samada permohonan anda dalam Proses, Lulus atau Tidak Lulus.
Kalau permohonan anda Lulus, anda boleh check akaun bank anda. Pembayaran fasa pertama telah pun bermula.
Belanja dengan berhemah :)
5 Ulasan
mungkin kena tunggu skit masa lagi. sebab adik saya pun lulus juga, tapi duit lambat masuk