Cara Guna WhatsApp Web di Google Chrome

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk perkongsian kali ini, pihak admin ingin share cara macam mana nak guna WhatsApp di PC. Anda boleh bergossip, berborak dan berkongsi gambar dengan mudah di Group WhatsApp anda.

Aplikasi WhatsApp Web Yang di Nanti

WhatsApp telah mengumumkan buat pertama kalinya aplikasi mereka boleh dilayari di Chrome browser. Mungkin agak terlambat berbanding Telegram dan Wechat yang sudah lama boleh di akses di computer.

Saya sendiri secara peribadi jarang mengunakan Telegram, Viber atau Wechat kerana ramai yang aktif di WhatsApp. 


Dengan pengguna WhatsApp yang ternyata lebih ramai dengan mencecah setengah BILLION tentulah features Web ini dinanti ramai. 

Lebih lebih lagi buat pengguna WhatsApp yang sentiasa menggunakan computer. Tidak payah lagi asyik nak tangan pegang handphone semasa buat kerja.

Tapi ada disadvantagenya bila dah available di PC ni. Kerja kita akan terganggu sebab asyik hendak balas WhatsApp mesej je. So pandai-pandai la gunakan kelebihan ini.

Jangan kantoi dengan bos sudah, lepas ni saya percaya akan banyak screenshot akan keluar dari PC pulak. So berhati-hati.


Cara Hendak Install WhatsApp Web di Chrome Browser


1. Pastikan WhatsApp anda adalah yang terkini. Untuk check samada WhatsApp anda adalah yang terkini, bila anda klik menu anda akan jumpa WhatsApp Web di bahagian menu.

Jika menu ini tiada, anda perlu uninstall WhatsApp anda dan install semula yang baru. Jangan takut data dan nombor anda tidak akan hilang. Anda boleh restore balik  masa install WhatsApp yang baru nanti.



2. Bila sudah install WhatsApp yang baru, menu WhatsApp Web akan berada dalam list menu. Buka Chrome Browser anda, bukan Firefox atau Opera apatah lagi Internet Explorer yer. Hanya Chrome Browser sahaja yang berfungsi untuk Whatsapp Web ini. Jika tiada boleh dapatkan Google Chrome di sini. Download dan install dulu Google Chrome dalam PC atau laptop anda.

3. Jika sudah, anda boleh pergi ke https://web.whatsapp.com/ di browser chrome anda. Paparan adalah seperi di bawah.


 4. Buka aplikasi WhatsApp anda di telefon, klik menu dan pergi ke WhatsApp Web. Scan Q code  di website tersebut untuk log in.

5. Anda akan mendapat antaramuka seperti di bawah. Anda boleh turn on Desktop notification dan chat seperti biasa. Chat history, seperti Voice Message, Video dan gambar pun ada. Group chat pun ada di sebelah kiri. Memang TERBAIK!






Awas, Jangan Sampai Akaun WhatsApp anda di HACK

Mudah bukan untuk chat di WhatsApp Web. Anda akan menjadi SUPER DUPER LAJU ketika menaip dan tiada typo lagi.

Tapi untuk pengguna iOS anda mungkin terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk mengunakan aplikasi WhatsApp Web kerana pihak WhatsApp menghadapi kekangan untuk menyediakan aplikasi WhatsApp Web untuk iOS.

Perlu di ingat telefon anda perlulah sentiasa mempunyai sambungan dengan internet samaada Mobile internet atau WiFi. Jika tidak anda tidak dapat menggunakan aplikasi WhatsApp Web ini.


Pastikan anda log out selepas mengunakan aplikasi WhatsApp Web ini, takut nanti ada pulak yang hack WhatsApp anda. Pergi ke menu WhastApp Web di Handphone dan klik log out from all computers.

Terutamanya jika anda menggunakan aplikasi web ni di pejabat atau tempat awam. Selagi anda tidak log out di web dan phone anda masih ada sambungan dengan internet. Pihak ketiga boleh mengakses WhatsApp Web anda.

Selamat Mencuba


Catat Ulasan

3 Ulasan

Ikhwan Fahmi berkata…
terima kasih, ia akan memudahkan urusan pengguna yang mempunyai ramai pelanggan :)
lankapo berkata…
InsyaAllah, moga memberi manfaat.
Unknown berkata…
Thanks atas ilmu yang dikongsikan..mudah dan saya dah install..