10 Langkah Mudah Beli Domain di Google Domain Untuk Non US

Google Dah Jual Domain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Kita berjumpa sekali lagi di blog saya lankapo79.com. Untuk kali ini saya ingin berkongsi cara untuk membeli domain dari Google Domain.  

Nampaknya NameCheap dan Godaddy akan menghadapi pesaing baru yang sengit iaitu Google. Google kini telah meluaskan perkhidmatan domain mereka kepada  pengguna internet di US sahaja buat masa ini. Sebelum ini pengguna US yang ada invitation sahaja boleh menggunakan Google Domain.

Apa yang best tentang Google Domain ini ? 

  • Lebih dari 60 akhiran domain seperti  .company, .florist and .coffee (view the full list here)
  • Antara muka yang simple dan jelas untuk setting domain, website dan email setting. Dengan kata lain, much better dari  myNIC .
  • Integration dengan Blogger lebih mudah, just klik-klik sahaja. Terus siap.
  • Set domain untuk private tanpa kos. Penting ni, so bila orang lain WHOIS domain kita, takdelah terpampang nama dengan alamat rumah semua. Biasa kalau domain registrar lain, features ini kena bayar.
  • Fast, Reliable dan Secure Internet Google Infrastructure. Apabila kita menggunakan Domain dengan Google, DNS yang kita gunakan adalah sama dengan Google. So pernah dengar tak Google down? Ada kot sekali tapi dah lupa tahun bila.
  • Boleh Cipta subdomain sampai 100. Kalau lankapo.com, boleh letak best.lankapo.com, powerlah.lankapo.com dan macam-macam lagi. Lepas tu redirect ke affiliate link ke, blog lain ke :) 
  • Boleh Cipta email sampai 100 dan redirect ke email sedia ada. WoW! hi@lankapo.com, handsome@lankapo.com sampai 100. 
Nampak gayanya memang semua domain akan saya transfer ke google domain ni tak lama lagi. Tunggu je lah.

Cara Nak Beli Domain di Google Domain untuk Non US

Google ini pandai, saja je dia cakap untuk orang US je. Nak bagi pengguna internet lain panas. Sebab sebelum ni invitation beta tu pun untuk US sahaja. Google Inbox boleh pulak dia bagi pada semua.

Ok kepada yang tak sabar dan nak beli Google Domain ni, boleh try dan jangan malu-malu, sebab saya dah beli satu. Nak beli banyak-banyak tak boleh sebab matawang ringgit dah jatuh sekarang ni. domain .com  harga 12 USD setahun convert kepada RM 43. Rate 14 Jan 2015, 1 USD = RM 3.59

Apa yang diperlukan untuk beli domain di Google Domain :
  • Gmail account
  • Kad debit/kredit
  • Billing Address Malaysia
  • Poskod US 

1. Register di Google Domain menggunakan gmail account. Kemudian search domain idaman anda.

2. Kalau Google keluar We're sorry bla bla, cakap dekat dia. Sorry Sorry, Naik lorry la haha. Ok gurau-gurau, abaikan jer, klik Continue.


3. Domain availability akan keluar, select domain yang anda berkenan di hati. Kalau nak borong semua pun boleh. Pastikan baki mencukupi dalam kad kredit atau kad debit anda.



4. Klik proceed to checkout untuk membuat pembelian.





5. Isi maklumat peribadi anda. Pastikan alamat anda betul di Malaysia dan bukan di US. Isi alamat tersebut seperti billing address kad debit atau kad kredit anda.  


6. Isi detail kad kredit atau kad debit anda. Saya hanya menggunakan kad debit Maybank sahaja.  PASTIKAN anda meletakkan nama dan poskod US seperti dalam kotak merah di bawah.





7. Saya tidak tipu sebenarnya, memang saya ada alamat di US, Portlan Oregon ok. Sebenarnya boleh kalau nak letak mana-mana poskod US tapi bagi mengurangkan rasa bersalah. Anda juga boleh register di EziPos Malaysia untuk mendapatkan alamat US.




8. Anda akan menerima Technical Error selepas itu. Usah khuatir, cuba lagi sekali pembelian domain anda tadi. (Mungkin ini bug yang Google tak jumpa lagi kot)





9.  Selepas anda melakukan proses pembelian semula, skrin di bawah akan dipaparkan. Terus Klik BUY laju laju. Jangan pandang belakang lagi. Pastikan baki wang dalam kad debit atau kredit anda cukup. RM50 ada dalam akaun pun dah cukup.



10. Selepas membuat pembelian anda akan mendapat antaramuka seperti dibawah. Setting dia sangat mudah. Nak create email ke, subdomain, redirect link memang sangat mudah dan straightforward.


Pesanan Penaja ;

Saya tidak bertanggungjawab yer kalau anda mengalami kerugian atau ketidak bolehan membeli domain dari Google Domain tersebut. Risiko tanggung sendiri yer.

So far saya dah beli satu, dan tiada masalah. Mungkin Google terlepas pandang bug pada langkah no 8. Kalau diaorang dah fix bug, harap-harap maintain la domain saya hehe.Kalau tak terbang lah RM 43 saya.

Ok sekian, berjumpa lagi di tutorial akan datang.










Catat Ulasan

2 Ulasan

Sri Kuncoro berkata…
Pengin...
Tapi belum punya Kartu Kredit, Post Kode US, dan Billing Malaysia...
Brarti hidup di Indonesia menurut Google masih jauh dari peradaban, ya...
Obat Apotik berkata…
saya nak cobalah beli di google domain , maksih tips na