Cucuk Untuk Jadi SADO?

Asaalamualaikum dan Salam Sejahtera



Macam-macam cerita yang kita boleh dapat bila lepak dengan abang otai di gym. Maklumla kalau training sorang-sorang  2-3 jam sambil melayan perasaan memang bosan di gym. So kena la cari teman berborak sementara menunggu /rest untuk rep seterusnya.

Antara perkongsian yang menarik dari seorang brother otai ni tentang kawan-kawan dia yang banyak ambil supplemen dan even ada yang cucuk untuk cepat jadi sado.

Aku tanyala abang ada makan supplement apa-apa ke untuk gain muscle. Dia cakap takde. Abang train kosong je. First time aku dengar, train kosong ni. hehe.

Dia cerita lagi kawan dia yang makan macam-macam supplement ni, buah pinggang kecut dan kena dialisis. Yang cucuk-cucuk tu lagi la dah arwah dah. Adui.

Sorang lagi otai tambah perisa, ramai artis yang body sado ni banyak yang cucuk jugak. Oo baru aku tahu.

Hojam/Trainer aku dulu ada cerita tentang pengambilan dadah ni, dia cakap bahaya sebab ada side effect. Kena bergantung pada dadah tu dan boleh kena heart attack.

Dia cuma suggest aku ambil protein sahaja. Dah habis dah pun Protein yang aku beli dari dia, sekarang aku just makan 2 biji telur je separuh masak. Setiap pagi makan oat susu dan madu.

TRAIN DAH LAMA TAPI TAKDE IMPROVEMENT

Pada pendapat aku tiada cara shortcut untuk gain muscle dan 6 pax. Semua kena konsisten. Masa aku di Uni, memang ada pergi gym tapi tu lah. Pergi 2 3 kali lepas tu give up sebab tak nampak pun hasil.

Lawak betul, sampai beli dumbell train kat bilik. Tapi train main belasah je. Tak tahu pun setiap otot kena train.

Brother Otai yang train 3 4 kali seminggu di Gym komplen dengan member dia sebab train dah 2 3 tahun tapi tak nampak hasil takde muscle gain. Sampai tanya mesin yang letak kat perut dan vibrate tu boleh percaya ke.

Member dia jawab , tak leh pakai. Macam mana nak pecahkan muscle. Kena ada tear and build up muscle balik. Mengarut je.

Aku yang dengar gelak je la. Kita kan newbie.

Banyak faktor mempengaruhi untuk kita build up muscle. Dari segi pemakanan, training dan Rest kena cukup juga.

Aku suka follow Jeremy Ethier , mamat ni walaupun budak lagi tapi penerangan dia base on research dan bukan sembang kosong.

Dia ada terangkan tentang antara sebab lambat dapat result walaupun dah lama training. Antara faktor-faktornya ialah -

  1. Training program kita mendatar sahaja.Kita tidak catit dan increase kita punya weight. Maknanya kita hanya training weight yang sama sahaja. Tidak push untuk tambah beban bila dah selesa.
  2. Pemakanan tidak seimbang. Ini antara sebab utama, lebih lagi kita yang duduk di Malaysia yang kaya dengan makanan best-best. Dengan kata lain tidak mengira kalori yang kita ambil tiap hari. Bila dah terlebih lemak akan mudah terkumpul di perut dahulu.

    Hojam/Trainer aku  dulu cukup jaga pasal makan, especially nasi. Memang dia suruh pantau sebab carb is sugar. Bila terlebih akan masalah. Kena lebihkan protein. Ikan daging ayam dan telur.
  3.  Tidak Cukup Tidur.  Ini juga faktor utama kerana badan tidak cukup rehat dan muscle tidak sempat untuk recover balik. Tidur yang cukup sangat penting.




So bila training dah lama tapi tak ada result, itu yang ramai cari shortcut nak cepat SADO. Ada yang cucuk sana cucuk sini, makan supplement yang bukan-bukan.

Percayalah tiada shortcut dalam membina otot or to get fit. You have to train consistently. Jangan mudah putus asa. At least 6 bulan baru boleh nampak progress, especially for beginners.

JANGAN MALU PERGI GYM

Yang penting jangan malu-malu untuk masuk gym. Gym bukan untuk orang Sado sahaja. Mentaliti orang kita biasanya malas nak pergi gym sebab malu atau segan sebab tiada muscle dan lain-lain.

Semua orang start dari zero. Kalau tak tahu nak start dari mana ambil personal trainer dulu. Kalau rajin, boleh tengok Youtube banyak tutorial untuk beginner cara untuk exercise the right way.

Train di rumah pun boleh, tapi kalau tak bermula memang tak akan ada hasil.

Satu lagi aku perhati ramai yang pergi gym ni macam-macam perangai. Ada yang pakai selipar je, ada yang datang bawak awek. Ada yang datang nak borak-borak je lebih. Train 2 3 set lepas tu tengok phone layan insta. Aduiyai, nak sembang pergilah mamak.

Tapi paling tak boleh blah, kalau angkat weight jerit kuat-kuat dan hempas besi ke lantai. Ini pun aku pernah jumpa jugak. Macam-macam, orang lain pun angkat besi jugak takde la nak pecah gym tu ko buat.

Apa yang perlu anda bawa untuk pergi gym supaya anda tidak nampak Noob.

  1. Pakai kasut sukan, bukan selipar jepun
  2. Bawak towel supaya peluh anda tidak membasahi kerusi
  3. Bawak minuman, untuk refresh
  4. Pakai baju sukan yang cepat kering bukan baju pergi opis
  5. Bawak baju spare, supaya balik anda boleh tukar baju baru
  6. Deodorant, digunakan selepas habis workout
Apa pun yang penting, niat untuk pergi gym ni satu jer. Untuk sihat dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Badan sihat dan keluarga bahagia. InsyaAllah Amin.

Catat Ulasan

0 Ulasan