Mini Gathering IKR 2019 | Bila Otai Buat Sharing



IKR Mini Gathering

Bila Muaz Hadi (founder InfoKerjaya) umumkan IKR akan mengadakan sesi sharing pada 16 Nov di Royal Domain KL, saya adalah antara orang yang pertama sign up dengan bayaran serendah RM20.

Dengan RM20 anda dapat baju percuma, Lunch free , software Xfunnel dan yang paling mahal sekali Sharing dari otai-otai IKR sendiri.

Itu yang paling mahal sebenarnya, so saya tanpa berfikir panjang terus isi form dan bayar.

Pada hari kejadian, saya datang naik kereta dengan berpandukan Google Map, maklumlah memang tak mahir jalan di KL ni.

Seronok bila dapat jumpa rakan-rakan affiliate di IKR. Masing-masing berkenalan. Bila jumpa otai-otai yang buat duit 5 angka dengan IKR memang dapat rasakan aura mereka.

Daftar, dapat baju, dengar sharing dan lunch kemudian sesi bergambar.



Banyak yang saya belajar dari sesi sharing dan soal jawab. Otai dari IKR seperti Zeo Unic, Tuan Suhaili dan Tuan Ramel memang menarik. Dan ada juga speaker jemputan Tuan Rahman Basri.

Banyak yang saya dah tahu sebenarnya tapi tak buat. Kesimpulan yang saya dapat, jika kita nak buat duit online dengan affiliate atau  IKR, kita kena conquer first page dalam Google.

Pasakkan website kita dalam Google dengan backlink, artikel, domain authority. Ini yang saya gagal. Bila kita dah kuasai keyword ke longtail keyword baru mudah untuk tangkap prospek masuk dalam list.

Artikel yang malas orang nak buat dan menyebabkan takde keyword yang rank untuk website kita. SEO tak jaga, macam mana nak buat duit online dengan affiliate.

Saya tertarik dengan perkongsian Tuan Suhaili, ada time exam tu dia tak terlayan dah prospek sehinggakan terpaksa wife bantu untuk reply wasap. Kita kena buat supaya prospek sayang dekat kita untuk mereka beli produk kita. Jangan terlalu menjual.


Betullah otai-otai ni belanja tinggi untuk marketing, dari google ads ke fb ads. Diaorang punya spend macam air je. Kita autoresponder pun berkira. Macam saya pun pakai Mailchimp yang free je, 2000 contact free. 

Itu pun dah penuh. Kena buat akaun baru haha. Diaorang pakai gresponsive, bulan-bulan kena bayar. Ada yang pakai sms jugak untuk blastkan iklan. 

Kena kerja keras lepas ni kalau nak buat full time buat duit online . Kena buat banyak artikel dan supporting artikel. Pilih produk yang sesuai, kumpul list masukkan dalam autoresponder. 

Sekarang saya tengah perbaiki SEO website kerjaya saya dengan menggunakan Ubersuggest. Dia akan recommend dan scan mana yang perlu diperbaiki. Ini penting untuk memperbaiki ranking dalam google.

Satu lagi perkara yang perlu diberi perhatian ialan loading speed untuk website. Ini juga mempengaruhi ranking dalam google. Kalau website lembap memang lagi jatuh ranking kita. 

Sejak 2 menjak ni google memang strict, even untuk Google Adsense pun dah macam-macam benda baru diperkenalkan. Tidak semudah dulu.

Semoga saya istiqamah dan fokus selepas ini dan dapat menjana income online secara konsisten. Amin

 Affiliate IKR

Bonus - Affiliate InfoKerjaya

Affiliate (Info Kerjaya) IKR kini dibuka. Affiliate ini adalah paling evergreen sebab kita jual panduan peperiksaan untuk graduan yang ingin memasuki sektor awam. 

Setiap tahun seramai 200 ribu graduan yang menamatkan pengajian di seluruh Malaysia. Mereka memerlukan bantuan anda untuk memasuki alam pekerjaan. 

Jika anda berminat sila daftar di sini : AFFILIATE IKR






Catat Ulasan

0 Ulasan