Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Minggu lepas bila saya buka website jomcarikerja untuk update list kerja kosong, tiba- tiba tertera mesej website down dan suspended, please contact your hosting provider.😐😐
Bila saya check website yang dihostkan NAMECHEAP sharehosting juga mengalami nasib yang sama. Bila lakukan semakan di website yang dihostkan di SERVERFREAK , Alhamdulillah masih beroperasi seperti biasa.
Sah memang website saya dah buat hal di sharehosting Namecheap.
Bila website down ni, memang antara mimpi NGERI kepada internet marketer. Walaupun sale tak seberapa tapi bila dah down tu memang masalah negara. Macam-macam yang bermain di fikiran , sale tak jalan, affiliate pun tak jalan, trafik pun lari haha.
Dengan kata lain, boleh kemurungan. Makan tak kenyang selagi tak setel. Asyik fikir macam mana nak setelkan.
Cara Untuk SOLVE
So langkah pertama, saya contact web developer dan support Namecheap.
Web Developer saya suruh calm down, sebab dia kat luar tengah sambut anniversary. Confirm tak boleh kacau hehe
So saya cuba tenangkan diri, pergi surau dulu untuk tenangkan hati. 😃😃
Bila contact support Namecheap, dia suruh saya check latest email dari diaorang. Dia ada email tentang perkara ni pagi tadi. Saya pun tak perasan.
Bila saya check memang ada,Namecheap warning sebab website saya dah resource abuse. Baca macam buat salah besar je.
Account 'mychybge' is suspended due to Resource Abuse
Rupanya salah satu website kerja kosong saya dah burst bandwidth dan efect website yang lain dalam sharehositng yang sama. So pada diaorang memang kesalahan besar la.
Lepas dia suh cek and foloow step dalam email tu, terus dia disconnect. Eh eh dalam hati, kerek gila. Explain lah lagi apa yang perlu dibuat next kan.
Actually, ini bukan kali pertama website kerja kosong saya membuat onar. Sebelum ni, di hosting Serverfreak. Tapi diaorang memang sempoi, guide saya sampai habis.
Dia cakap memang kena upgrade kalau nak maintain hosting saya. Terus saya upgrade je dengan Serverfreak.
So bila kena dengan Namecheap ni , saya memang dah agak dah akan kena upgrade lagi. Antara sebab Resource Abuse ni ialah cron job tak optimise, code tak optimise dan lain- lain.
Kalau dia tak kerek sangat mungkin la saya akan upgrade, tapi sebab hatiku dah terguris terus saya beralih arah ke Virtual Private Server (VPS).
Web Developer saya recommend UpCLoud, VPS bajet compare dengan DigitalOcean. Saya ambil pakej 5 USD sebulan, untuk satu server. Park domain jomcarikerja saya. Kalau problem juga baru akan upgrade lagi spec server. Takde sapa nak marah haha. Puas hati.
Rupanya team support Namecheap ada email lepas tu,beritahu ada masalah teknikal ketika chat dan tetiba disconnected. Haha boleh pulak. Tetapi sebab abam dah nekad nak pasang VPS so baik teruskan ajer.
Lagi pun hosting dengan Namecheap pun memang nak kena renew bulan November ini, so baik terminate je beribu dah habis kat situ.
Domain-domain yang lain, tak penting sangat, saya buat dan setup untuk test je. So saya park dulu kat hosting free, FreeHosting. Saya park 3 domain dulu, salah satunya ultramanribut.com. Boleh check dulu speed dan performance dia, kalau laju boleh lah anda letak domain anda dulu nanti boleh upgrade. 😃
Dengan kata lain bermula lah sesi merevamp domain dan hosting secara besar-besaran. Selama ni asyik autorenew je, sekarang kena check setiap satu. Mana yang menguntungkan kita maintain atau upgrade. Mana yang suam-suam kuku sahaja kita downgrade dan cari yang murah lagi.
Untuk domain di godaddy pun saya dah pindahkan ke Cloudflare sebab kos renew yang lebih murah. Masa beli memang murah di GoDaddy, tapi dia ambil untung masa nak renew nanti. Sebab kita pun tak perasan harga dah berapa kan. Rupanya ikut harga kos cuma berapa USD sahaja. Jom transfer in ke CloudFlare.
Untuk penjimatan masa panjang terpaksalah pindah terus mana yang nak expired November ini. Kita invest la dulu untuk permulaan ini.
So dengan kata lain memang ada hikmah la jugak, kali ni bila website down. Saya mula menyusun kembali domain dan hosting saya.
Mana yang website berat dan banyak code kita gunakan VPS. Mana yang tak perform kita park dulu kat hosting free. Bijak.
Ini untuk menjimatkan bandwidth hosting juga, sebab hosting di Serverfreak sharehosting. Kalau saya pindahkan ke sana lagi akan memberatkan server dan mungkin akan kena upgrade lagi.
Satu lagi jangan lupa backup file website anda. Jika pakai wordpress boleh gunakan pelbagai backup plugin di pasaran. Jika bukan WP, gunakan FTP untuk backup file.
Kalau tidak jenuh nak cari file dan edit balik file lama. 2 3 hari jugak nak edit tuh nanti.
Pengajarannya, kalau website down please stay calm. Contact support dan check email selalu. Mungkin perkara sebegini dapat dielakkan jika dapat dikesan lebih awal.
0 Ulasan