Taktik Menipu Kad Kredit Dakwa dari Bank Negara Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,




Roslizawati Saad:

Pagi 23/8/2016 pukul 10.13am saya terima msg dari nombor 011-31098229. 
Msg tersebut seperti berikut:

RM0.00 RHB: MYR 3998.00 was charged on your card num97 at POH KONG-AMPANG TESCO on 18/08.Call 03-21683627  if you did NOT perform this transaction.

Saya yang tak ada credit card RHB terus terperanjat dan call nombor yg diberikan. Telefon saya dijawab oleh seorang lelaki cina yang menggunakan nama Jack Tan. Dia memberitahu saya yang card credit RHB Visa Gold Card bernombor
4570 6600 0122 2397 saya di apply pada 30 Jun 2016 di Tropicana City Mall. Dan jumlah yang dibelanjakan total RM7,428.90.

Saya memberitahu dia yang saya ingin segera ke balai polis dan dia memberitahu saya kes fraud kad kredit sgt serius di Malaysia sehingga kerajaan mewujudkan satu badan untuk menangani kes pemalsuan kad kredit. Dia meminta saya menelefon bank negara bahagian pemalsuan kad kredit di nombor berikut:
03-2772 7386. 

Apa yang membuatkan saya muskyil, bila saya memberitahu saya ingin membuat laporan polis dahulu. Dia berkeras menyuruh saya menelefon bank negara di nombor yang diberikan terlebih dahulu. Dan mengatakan ini bukan criminal. 

Saya mengiyakan dan terus google nombor bank negara.

No sebenar bank negara ialah 1300885465


Saya dimaklumkan oleh bank negara sms yang saya terima bukan daripada RHB Bank. Dan dah ramai yang terkena. Pegawai bank negara beritahu saya, nasib baik saya google dan cek nombor bank negara sebenar. Beliau juga memberikan saya no RHB Bank yang sebenar kepada saya 03 9206 8118.

Saya menelefon RHB Bank dan diberitahu ramai yang terkena. Jumlah yang sama, no credit card yang sama dan digunakan di poh kong tesco ampang juga. Kes ini bermula sejak sebelum raya 2016. Jika orang yang menerima sms menelefon no bank negara yang diberikan dan memberi maklumat kad kredit/debit lain. Semua duit lesap.

Azmh#

Tolong VIRALKAN msg ni
Pihak bank sendiri beritahu kes ini masih dalam siasatan tetapi ramai yang terkena. Duit lesap dan kad credit disalahguna.


PENTING!

Kes SCAM KAD KREDIT sebegini pernah berlaku kepada abang kawan opis aku pada tahun 2012. Habis duit dalam akaun hilang. Nak buat macam mana sendiri yang bagi maklumat, berputih mata je la.

Kesilapan dia ialah, bila panik terus percaya bulat-bulat yang nombor yang dia telefon adalah Bank Negara Malaysia. 

Nasib baik Puan Roslizawati bijak mencari maklumat sendiri terlebih dahulu dengan google di internet. Kalau dia call terus memang akan tertipu dengan gaya jawapan yang profesional seperti call center.

Dia akan minta segala maklumat peribadi, no pin, no telefon, nombor kad pengenalan untuk mereka transfer duit kita ke tempat yang selamat. Memang licik penjenayah ini. 

So peringatan untuk kita semua, berhati-hati jika menerima panggilan yang mencurigakan. Periksa terlebih dahulu maklumat yang diberikan. Jangan panik dan melakukan tindakan yang melulu. Kelak nanti akan menyesal.

Catat Ulasan

7 Ulasan

raihanah berkata…
kena confirm dengan BN dulu sebelum buat apa2 transaksi. Skrg ramai scammers
lankapo berkata…
Betul tu...jangan kalut
Bahrain berkata…
Bahaya kalau macam ni. boleh tertipu ni.
reezluv berkata…
byk betui la kes scam sekarang ni. memacam cara nak menipu
mrhanafi berkata…
orang yang berniat jahat semakin kreatif la sekarang nie..

kalau tak nak bisnes makan lah gaji..dan jangan tipu duit orang
Amin Hakim berkata…
Seram bila baca entri nie.. macam2 taktik scammer nak rembat duit kita sekarang nie
Tanpa Nama berkata…
sapa suruh hang pakai kad kredit...guna cash je la