
Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikulltur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) akan kembali menemui anda pada musim cuti sekolah hujung tahun 2016 ini. MAHA 2016 akan diadakan seperti berikut :
Tarikh : 1-11 Disember 2016
Tempat : MAEPS Serdang SELANGOR
Tema MAHA pada tahun ini ialah 2016 adalah "OUR FOOD, OUR FUTURE" yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak. Maskot rasmi tidak lain tidak bukan adalah Upin Ipin.
Fokus MAHA 2016 kepada
[1] Pelancongan Tani
[2] Perdagangan
[3] Gaya Hidup AGRO
[4] Inovasi Teknologi terkini
Antara lain MAHA 2016 menyasarkan peningkatan sebanyak 30 peratus penglibatan golongan ushawan muda melalui AGRO Youth. Jumlah pengunjung juga diharapkan dapat mencapai 3 juta orang,
MAHA 2016 akan menampilkan 1500 gerai pameran meliputi agensi tempatan dan swasta serta penyertaan luar negara.
Diantara tarikan utama MAHA 2016 adalah
Booth Packages
Untuk tempahan tapak pameran, ada dua pakej disediakan.- Bare Space (3m x 3m)
RM 7,000 per booth (minimum booking =2) - Shell Scheme (3m x 3m)
RM 8,000 per booth (minimum booking =1)
Buat tempahan segera untuk dapatkan lokasi yang strategik dan harga diskaun.
Untuk penyertaan IAT Bazaar MAHA 2016, para peniaga boleh dapatkan borang permohonan di sini
Tarikh tutup permohonan penyertaan adalah sebelum atau pada 31 Mei 2016 (Selasa)
Permohonan selepas daripada tarikh tutup tidak akan dilayan.
Pengesahan penyertaan hanya akan dimaklumkan menerusi surat daripada pihak urusetia IAT Bazaar MAHA 2016 . Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar secara pos/faks/emel kepada:
ALAMAT :
Urusetia Penyertaan IAT Bazaar MAHA 2016,
Bahagian Industri Asas Tani (IAT),
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,
Aras G, Blok 4G2, Wisma Tani, No. 30,
Persiaran Perdana, Precint 4, 62624 Putrajaya.
NO. FAKS : 03-8890 5469
EMEL : iatmaha2016@gmail.com
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:
(a) Encik Mohd Salekhan bin Othman - 03-8870 1796
(b) Encik Hairuddin bin Maslan - 03-8870 1840
(c) Cik Hazlin Arini binti Kamaruddin - 03-8870 1833
(d) Puan Nur Sabrina binti Akashah - 03-8870 1797
(e) Puan Norfaliza binti Roslee - 03-8870 1767
Kategori Ruang Pameran
Kategori Ruang Pameran
(1) Shell Scheme (3m x 3m) = RM3,500/ruang
(2) Shell Scheme - Main Entrance (3m x 3m) = RM4,500/ruang
(3) Tapak Pavilion (bare space) - RM750/m2(min. 8 lot/72m2)
= RM54,000
(1) Shell Scheme (3m x 3m) = RM3,500/ruang
(2) Shell Scheme - Main Entrance (3m x 3m) = RM4,500/ruang
(3) Tapak Pavilion (bare space) - RM750/m2(min. 8 lot/72m2)
= RM54,000
Sejarah MAHA
Berdasarkan sejarah, penganjuran MAHA bermula dengan nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1922 bertujuan memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian. Pertunjukan dan pameran pertama MAHA merupakan anjuran persatuan MAHA diadakan di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor dari 30 Jun hingga 2 Julai 1923.
Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di Coronation Park yang terletak di Kuala Lumpur (pada tahun 1930-an, seluruh kawasan Stadium Merdeka sekarang dahulu digelar sebagai Coronation Park) oleh Gabenor Sir Edward Gent. Ia merupakan pameran pertanian terbesar selepas Perang Dunia Kedua tamat dengan keluasan lapan ekar menempatkan 40 buah gerai. Pada tahun 1972 seterusnya kerajaan telah mengisytiharkan pertunjukan MAHA digantikan dengan perayaan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) setiap tahun.
Bermulalah perayaan HPPNK yang pertama pada tahun 1975 dengan kesemua ciri-ciri pertunjukan MAHA diserap masuk ke pameran tersebut. Pertunjukan MAHA kemudiannya dihidupkan kembali pada tahun 1999 dan kini nama singkatanya ialah pameran Malaysian Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA). Bermula dari tahun 2002, pertunjukan MAHA diadakan dua tahun sekali dan HPPNK juga disambut bersama dengan pameran antarabangsa tersebut. - Sumber: http://m.utusan.com.my/rencana/maha-2014-cipta-sejarah-tersendiri-1.36037#sthash.3agiSLFs.dpuf
0 Ulasan