Cara untuk Memohon ke Tingkatan 1 MRSM 2017

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 



A. MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti. 

MARA mempelawa pelajar TAHUN ENAM 2016 yang berminat serta cemerlang dalam sahsiah diri dan akademik untuk kemasukan ke tingkatan 1 MRSM tahun 2017 di Semenanjung Malaysia.

Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar dan bandar.


Pemohon hendaklah mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah:

[+] Memiliki sikap diri yang positif.
[+] Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal.
[+] Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
[+] Memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2016.
[+] Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program  yang dianjurkan.
[+] Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM dan MARA.



Terdapat lima program yang berteraskan Science, Technology, Engineering and Mathematics(STEM) dilaksanakan di MRSM, adalah seperti berikut:

i.MRSM   Program   Sistem   Pendidikan   Maktab   Rendah   Sains   MARA
(SPMRSM)


Program ini melaksanakan Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM)

ii. MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

Program  SPMRSM  Ulul  Albab mengekalkan  kurikulum  sedia  ada  yang dilaksanakan di semua MRSM seluruh Malaysia dengan tambahan program hafazan Al-Quran. Untuk peperiksaan SPM pelajar akan mengambil subjek Bahasa  Arab,Pendidikan  Al-Quran  &  Al-Sunnah dan Pendidikan Syari’ah Islamiah selain subjek teras yang lain.


iii. MRSM Program SPMRSM Cambridge IGCSE


Program  SPMRSM Cambridge IGCSE  (Cambridge  International  General Certificate  of  Secondary  Education) ialah  Sistem  Pendidikan  MRSM  yang menawarkan  dwisijil  iaitu  Sijil  Pelajaran Malaysia (SPM)  dan  IGCSE dalam tempoh  lima  tahun  pengajian.  Pelajar  menduduki  kedua-dua  peperiksaan iaitu  Cambridge  IGCSE  semasa  di  tingkatan  empat  dan  SPM  semasa  di tingkatan lima.

iv. MRSM Program SPMRSM IB Middle Years Programme (MYP)


Program SPMRSM   IB MYP mengekalkan   kurikulum   sedia   ada   yang dilaksanakan  di  semua  MRSM  seluruh  Malaysia  dan mengaplikasikan pendekatan MYP dari Sistem Pendidikan International Baccalaureate.

iv. MRSM Program SPMRSM Teknikal


SPMRSM   Teknikal  menerapkan   elemen  teknikal  melalui subjek   Sains Kejuruteraan  yang  merangkumi  ilmu  kejuruteraan  robotik,  kejuruteraan mekanikal   dan   kejuruteraan   elektrikal   dari   Tingkatan   1   hingga   3.

Kesinambungannya  diteruskan  untuk  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)  iaitu pelajar    ditawarkan    dengan    jurusan    Kejuruteraan    Mekanikal    dan Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

 A. CARA MENDAPATKAN KATA LALUAN MELALUI ONLINE:
Pemohon  baru  perlu  mendapatkan  kata laluan  permohonan  terlebih
dahulu  secara  dalam talian (online).
Pemohon  perlu  layari  laman  web berikut untuk mendapatkan kata
laluan permohonan.

https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

Pengambilan   kata laluan   permohonan   adalah   percuma.  Tempoh pengambilan  kata laluan  permohonan  dibuka mulai 13  September hingga 21 Oktober 2016.

B.MENGISI BORANG PERMOHONAN ONLINE:
Sila rujuk Lampiran 1.
Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah  mengisi  borang  permohonan online melalui  laman  web

https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat :

http://www.mara.gov.my

C. ONLINE SELF-ASSESSMENT (OSA)

Pemohon juga  perlu  menjawab Online  Self-Assessment bagi  subjek  Keperibadian  dan  Bahasa  Inggeris dalam  tempoh  yang ditetapkan  di  pautan  (link)  yang  akan  diberikan  dalam  cetakan
borang permohonan.

Pemohon perlu  mengisi  nombor  telefon  dan  emel  yang  boleh  dihubungi  untuk  memudahkan  penyaluran  maklumat  permohonan. Tempoh mengisi borang permohonan online dan menjawab Online Self-Assessment ialah mulai 13  September  hingga  21  Oktober 2016.

Pemohon  mestilah  memilih  MRSM  yang  dinyatakan  mengikut program    sebagai    pilihan    pertama    semasa    mengisi    borang permohonan.

Cetakan  borang  permohonan  dan  semua  dokumen  berkaitan yang telah disahkan perlu dibawa ke pusat ujian semasa UKKM.

Tips untuk menjawab soalan OSA :

 [1] Pastikan anda muat turun Panduan OSA sebelum menjawab

 [2] Hanya Internet  Explorer dan Google Chrome sahaja yang sesuai digunakan untuk menjawab soalan OSA.

[3] Gunakan sambungan internet yang stabil dan tiada ganguan kuasa eletrik.

[4]  Jangan CLOSE browser anda ketika menjawab soalan OSA

[5] Pastikan anda berada dalam keadaan selesa untuk menjawab soalan OSA

[6] Selesaikan soalan dalam masa yang ditetapkan sahaja.

[7] Klik butang TAMAT PEPERIKSAAN  apabila selesai menjawab semua soalan OSA.


D. UJIAN  KECENDERUNGAN  KEMASUKAN  KE  MRSM  (UKKM) DAN TEMUDUGA

Pemohon  yang  layak  menduduki  UKKM  akan  dimaklumkan melalui  emel  dan  Khidmat  Pesanan  Ringkas  (SMS).  Kelayakan menduduki  UKKM  ini  akan  dimaklumkan selepas keputusan  UPSR 2016 diumumkan.
Pemohon    perlu    log    masuk    semula    ke    dalam    sistem  permohonan melalui laman web
 
https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp

untuk memilih   pusat ujian   UKKM.   Pemilihan   pusat   ujian   ini   akan   dibuka   selama seminggu.

Sila  rujuk  laman  web  MARA  dari  semasa  ke  semasa  untuk maklumat terkini. Pemohon akan menduduki UKKM pada tarikh dan pusat ujian yang telah dipilih berdasarkan kekosongan.

Pemohon  yang  berjaya  ditawarkan  UKKM  mestilah  membawa cetakan  borang  permohonan  dan  dokumen  berkaitan  yang  telah disahkan ke pusat ujian yang dipilih.

D. TARIKH TUTUP

Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 21 Oktober 2016.

E. MAKLUMAT TAMBAHAN

Hanya  permohonan  yang  memenuhi  syarat  kelayakan  sahaja akan  dipertimbangkan.  Permohonan    yang    tidak    lengkap  seperti tidak menghantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon   yang   berjaya   sahaja   akan   dihubungi.   Sekiranya pemohon  tidak  menerima sebarang  jawapan  sehingga 30  April 2017,permohonan  dianggap tidak  berjaya. 

Pemohon  yang  berjaya akan  ditempatkan  di  MRSM  yang  bersesuaian  mengikut  kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA. Pemohon  yang  ditawarkan  ke Sekolah    Berasrama    Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan  Malaysia  tidak  akan  ditawarkan  ke  MRSM.  Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

 

Catat Ulasan

2 Ulasan

Syazwani berkata…
Salam. Bagaimana kalau tidak sempat menekan butang TAMAT PEPERIKSAAN bagi bahagian soalan Keperibadian, tetapi semua soalan sudah dijawab . Mohon pencerahan. Terima kaseh 😊
lankapo berkata…
salam, better jawab semula. Sebab butang TAMAT tu untuk submit rasanya.