Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
EPL minggu ini dikejutkan dengan kekalahan MU di Vicarage Road. Satu tamparan hebat buat The Special One yang mengalami kekalahan ke tiga berturut turut. Siapa sangka Watford mampu melakukan kejutan walaupun tanpa star player berjuta juta pound.
Yang penting minggu #5 ni, point aku paling banyak sebab CAPOUE dari Watford berjaya memungut 10 point dengan satu gol dan 3 bonus pt. Sebab pembelian berbaloi baloi..harga baru 4.6M je. (Harga Capoue semakin meningkat. Masa aku beli 4.5M sekarang dah 4.8M)
Persembahan pemain homestayledang.com memang terbaik terutama dari bahagian tengah dan serangan. Cuma pertahanan yang agak goyah dan kurang beri point untuk minggu ini.
Persembahan Pemain GW#5
Untuk GK aku memilih Foster instead of Jakupovic sebab HULL berdepan Arsenal. Nampaknya pilihan aku silap sebab walaupun masing-masing bolos tetapi Jakupovic berjaya selamatkan penalti Sanchez. So, Foster hanya 2 pt tetapi Jakupovic 7 pt.
Barisan pertahanan pula hanya menyumbang 5 pt dari McAuley WBA, Baines EVE dan Valencia MU. Masing masing bolos. Takde rezeki untuk cleansheet minggu ini.
Barisan tengah pula, mata yang disumbang adalah 35 pt. Capoue Watford, Sterling MCity dan Sanchez Arsenal yang masing-masing berjaya melakukan jaringan dan assist.
Cuma Hazard Chelsea sahaja yang prestasi semakin merundum. Hanya 2 pt diberikan setelah Chelsea tewas di tangan Liverpool.
Bahagian serangan memberi 30 pt. Ternyata pilihan tepat apabila melantik Lukaku sebagai Kapten. Lukaku menjaringkan 1 gol dan 1 assist serta 3pt bonus. Ibrahimovic MU, walaupun tewas tetapi masih tetap menjaringkan 1 gol untuk 5 pt.
Cuma Zaza sahaja yang jadi pak pacak di West Ham dengan 2 pt sahaja. Pelik aku, dia yang striker tapi Antonio jugak yang score banyak.
Player di bangku simpanan juga turut menyerlah. Antaranya Jakupovic dengan 7pt dan Gareth Barry EVE yang berjaya menjaringkan gol pada kemunculannya ke 600 untuk EPL. Memang terbaik.
GK
- [2] Foster
Defender
- [1] McAuley
- [2] Baines
- [2] Valencia
Midfield
- [10] Capoue
- [10] Sanchez
- [2] Hazard
- [13] Sterling
Forward
- [5] Ibrahimovic
- [24] Lukaku (C)
- [1] Zaza
Substitute
- [7] Jakupovic
- [6] Barry
Game Plan untuk GW#6
Sebelum ni aku ada plan untuk kumpul 2 FT dan masukkan balik Eguero kan dan buang Hazard dan Zaza.
Ok kita tukar plan. Aku rasa lebih baik aku ambil Kevin De Bruyne dan Rondo WBA. Sebab kalau ambil Aguero, aku terpaksa korbankan Midfield Star dan ambil Midfield murah.
Midfield murah yang perform aku dah ambil haha. So better ambil KDB sebab tengah perform, Striker takpe la dah ada Lukaku dan Ibra.
Cuma aku risau Lukaku, katanya ankle injury. Tapi Manager Everton, Koeman bagitahu Lukaku akan main weekend ni. So tengok la macam mana nanti. Aku just letak Rondo WBA as first sub.
Moga moga akan lebih sukses minggu ini yeay..caiyok caiyokkk
1 Ulasan