Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sebelum ini saya ada berkongsi tentang ManyChat, iatu FB messenger bot yang mudah untuk internet marketing. Walaupun Manychat boleh digunakan secara percuma tetapi features nya agak terhad.
Kali ini saya ingin berkongsi tentang Chatfuel, chatbot engine yang juga percuma dan features yang lebih baik serta user interface yang lebih mudah untuk difahami.
Memang sebelum ini saya rasa ManyChat lebih mudah untuk digunakan. Tetapi setelah ChatFuel redesign user interfacenya, saya dapati bila kita nak edit chatbot dengan menggunakan BOX lebih mudah dan jelas.
Perkongsian kali ini saya ingin menunjukkan cara untuk setup chat bot untuk Homestay atau bisnes online anda.
Chatbot Homestay
Saya mendapat idea untuk membuat chatbot untuk Homestay Ledang kami di Tangkak Johor. Ini kerana mendapati adik saya yang mengurus page homestay ledang tersebut terpaksa menjawab soalan yang sama di messenger fb.
Biasanya customer akan membuat pertanyaan seperti harga dan lokasi sebelum membuat booking. Ada yang nak tengok gambar homestay dahulu. Kadang-kadang adik tengah drive pun terpaksa berhenti sebab nak layan mesej customer.
So dengan adanya chatbot homestay ini, banyak task dan masa dapat dijimatkan. Pelanggan akan menghubungi kita setelah membuat keputusan untuk booking terus.
Jom belajar buat ChatBot di Chatfuel
- Register dulu dengan Chatfuel.com, signup dengan akaun facebook anda
- Sediakan senarai harga produk anda, gambar, dan pelbagai info untuk memudahkan create FB bot.
- Tonton video di bawah untuk dapat idea bagaimana untuk membuat bot secara percuma.
- Buat bot anda.
- Masukkan info berkaitan dalam block yang sesuai.
- Test bot anda.
Selamat mencuba.
4 Ulasan
Maksud saya, bila keluar soalan, customer akan tulis di chat. Lepas tu keluar soalan lain.