5 Sebab Kenapa Video Youtube Anda Tiada Trafik


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,





Nampaknya buat duit dengan Youtube bukan lagi satu rahsia besar lagi. Semalam terdengar perbualan antara wife dan rakannya tentang buat duit dengan Youtube. Dia cakap "Senang je nak buat duit dengan Youtube. Buat video masakan resipi ke, video anak main permainan baru ke dah boleh buat duit dah ".

Saya cuma diam je hanya tersenyum melihat rancak mereka berborak pasal duit dan Youtube. Sebenarnya yang senang nak buat cuma register akaun Youtube sahaja. Nak buat duit dengan Youtube bukan upload video terus tunggu duit masuk je tanpa berbuat apa-apa.

Kalau mudah macam tu, ramai dah kaya. Takde la kena belajar buat duit di Youtube di DuitVideo. Lebih-lebih lagi sekarang Google telah mengetatkan syarat untuk register akaun Adsense dengan outube. Sebelum diapprove, channel video perlu dapatkan 10K view. Mudah tak nak dapat 1k view bila kita upload video di Youtube. Yang dah buat je akan tahu. 👈😛

Kalau silap teknik, video kita akan "krik krik". Lainla video kita kualiti macam upin ipin atau boboiboy. Baru upload semalam, harini  dah berjuta view. 

Jom kita tengok apa sebab video kita kurang trafik. 


5 Sebab Kenapa Video Youtube Kita Tiada Trafik


1. Niche Video TIDAK Relevan 


Ini adalah antara sebab utama kurangnya view di video kita. Pemilihan tajuk yang tidak menarik dan outdated. Video yang relevan dan selalu diupdate sangat penting terutamanya untuk Youtuber yang baru.

Contohnya jika anda pilih untuk video niche game review. Video anda tentu akan kurang mendapat view jika masih bercerita tentang game playstation  Fifa 2017. Video kena update dan FRESH. Baru la subscriber anda tidak sabar menunggu video terbaru anda.

2. Kurang PROMOSI


Adakah anda sudah cukup mempromosikan video anda?

Jika anda upload video anda di Youtube dan biarkan di situ sahaja. Bagaimana orang nak view video anda jika anda tidak promosikan video tersebut di Facebook atau di twitter anda.

Kongsikan di Page anda dan minta mereka like dan subcribe. Ini sangat penting. Cari FB page atau Reddit  yang berkaitan dengan niche video anda dan minta mereka like dan subscribe.

Jika Youtube anda masih lagi belum mempunyai subscriber, kaji balik video anda.  Research bagaimana untuk menarik minat penonton. Memang sedikit leceh tetapi berbaloi untuk masa panjang.

 3. Tidak Tag Keyword Video Anda


Adakah anda tag video anda secara efektif?

Bukan tag semborono yer, itu spam namanya. Tag yang efektif akan membantu search ranking video anda. Ini membantu penonton baru untuk menjumpai video anda bila mereka melakukan search di Google atau di Youtube.

Maximum tag keyword video anda adalah 5 keyword. Kalau lebih takut nanti Google detect keyword stuffing. So better letak keyword yang betul-betul berkenaan dengan video anda.

Jangan la letak video kucing tapi tag artis popular "Janna Nick". Tak pasal-pasal kena dislike atau kena flag as spam. Lagi naya. Google ni bukan boleh. Dulu Channel Ultraman Ribut sebab banyak sangat dapat dislike pun dapat warning.

4. Tidak Melakukan Interakasi di Youtube

Biasa kita dengar blogwalking kan, Video walking pun ada juga. Tinggalkan komen yang bermanfaat di video yang berkaitan dengan video anda. Dengan berinteraksi dan membalas komen dapat membantu membina search ranking video anda.


5. Video Anda SANGAT TERUK



Rileks. Saya hanya ingin anda lihat kembali kepada video anda semula. Jika anda pun tak seronok menonton video anda sendiri bagaimana orang lain yang menonton video anda.

Sila lakukan sesuatu. Kaji video orang lain dalam niche yang sama. Put more efforts dan lakukan yang terbaik. Semoga anda dapat membina fanbase  anda sendiri yang menghargai usaha anda.


Tools Untuk Edit Video

Untuk permulaan anda boleh menggunakan tool free yang sedia ada di dalam window seperti Window Maker. Ia masih boleh digunakan untuk menghasilkan video untuk membuat duit online dengan affiliate.




Tetapi jika anda mahu menghasilkan video yang lebih profesional dan menarik, mungkin VIDSY pilihan yang lebih sesuai.

Anda boleh dapatkan VIDSY.  Software Ini Berjaya Bantu Usahawan Online Hasilkan Video Iklan Produk  Yang Dapatkan Tingkatkan Jualan Dalam Beberapa Klik Sahaja...


Catat Ulasan

1 Ulasan

Unknown berkata…
When you use a genuine service, you will be able to provide instructions, share materials and choose the formatting style. buy youtube views