Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Berminat dengan bidang kemahiran?
Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan [ILKBS] (sebelum ini dikenali sebagai Institut Kemahiran Belia Negara [IKBN]) mempelawa individu wargaegara Malaysia yang berkelayakan serta mempunyai minat dalam bidang kemahiran adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara ONLINE untuk pengambilan sesi Januari 2017.
Konsep latihan di ILKBS adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teroi & praktikal), keushawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan/moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.
[1] Tarikh Permohonan Online Kemasukan ILKBS (IKBN) 2017
Tarikh Permohonan ditutup : 4 NOVEMBER 2016 (JUMAAT)
[2] Syarat Umum Kelayakan Permohonan ILKBS (IKBN)
+ Mestilah warganegara Malaysia
+ Boleh membaca dan menulis dengan baik+ Hendaklah berusia antara 18-30 tahun semasa memohon dan sekurang-kurangnya TAMAT TING 5
+ Masih bujang (Belum berkahwin)
+ Sihat tubuh badan
+ Tiada rekod jenayah dan tidak pernah terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah
+ Pemohon belum pernah mengikuti latihan kemahiran di mana-mana Institut Latihan Awam/Swasta (KECUALI calon yang mempunyai sijil lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) ; Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pelajaran)
+ Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
+ Pemohon yang sedang menjalani latihan dimana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan/belum memperolehi sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan memohon untuk tahap selanjutnya
+ Sanggup menjalani latihan sehingga tamat dan dikehendaki mengikut segala peraturan yang telah, sedang dan akan ditetapkan
+ Pemohon yang tidak tamat latihan / disingkir dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awam lain tidak dibenarkan memohon
[3] Maklumat lanjut
+ Semua kursus dijalankan mengikut persijilan, tahap dan tempoh latihan seperti dinyatakan dalam ruang SIJIL & TAHAP serta TEMPOH KURSUS
+ Sila rujuk Senarai Kursus dan Syarat Kemasukan ILKBN 2017
+ Program yng ditawarkan :
+ Sila rujuk Senarai Kursus dan Syarat Kemasukan ILKBN 2017
+ Program yng ditawarkan :
- Diploma MQA
- Sijil Kemahiran (SKM/DKM/DKLM) Tahap 1 hingga 5
- Persijilan JKKP
- Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST)
+ Permohonan hanya boleh dibuat secara 'On-Line' sahaja iaitu melalui lama web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my
+ Sebarang kesilapan atau perbezaan menandakan keputusan kelayakan akedemik semasa mengisi permohonan 'On-Line' di laman web dengan keputusan sebenar boleh menyebabkan calon disingkir dari IKBN
+ Keputusan permohonan ke ILKBS boleh disemak melalui laman web http://www.kbs.gov.my atau http://www.ekbs.gov.my bermula pada 21 November 2016
+ Makan minum dan penginapan akan dibiayai oleh Kementerian Belia dan Sukan sepanjang tempoh latihan di ILKBS
+ Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 3 bulan dari tarikh semakan dianggap tidak berjaya
+ Pelajar boleh ditempatkan dimana-mana ILKBS seluruh Malaysia
+ Pemohon juga dipelawa mengunjungi mana-mana ILKBS dalam tempoh iklan disiarkan bagi mendapat pendedahan awal tentang programkemahiran yang dilaksanakan di setiap IKBN
+ Pemohon yang didapati memberikan sebarang butiran palsu boleh disingkirkan dari mengikuti latihan di ILKBS
+ Pihak Kementerian berhak memanggil calon lepasan sekolah ( Tamat tingkatan 5 untuk menghadiri proses temuduga)
+ Tempoh kursus yang dinyatakan pada iklan kemasukan adalah termasuk tempoh latihan industri bagi kursus-kursus tertentu
+ Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian berikut : 03-88713651 / 3652 / 3653 / 3646 / 3685
2 Ulasan