Kisah Buat Duit Dengan Affiliate, Antara Paus dan Tuna

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Baru-baru saya agak sibuk dengan promosi affiliate kerjaya sempena exam online yang dijalankan oleh pihak SPA.

Tidak dinafikan produk Rujukan Pantas Exam Online ini adalah produk evergreen kerana tiadanya rujukan rasmi di pasaran selain format exam yang sering berubah-berubah memeningkan calon.

Dengan jumlah prospek yang mencecah puluhan ribu menjadikan ia produk tumpuan ramai top-top affiliate di Malaysia ini.

Kalau anda pernah lihat TV Series Blue Planet, ada ditunjukkan bagaimana ratus ribu ikan sardin di makan oleh pemangsa. Bermula dari ikan Tuna Yellow Fin, kemudian Dolphin, seterusnya Orca/Killer Whale. Pemangsa terakhir sekali ialah Paus Biru.

Kalau ikan Paus ini dah datang, dia sekali bukak mulut jer, ribu-ribu dia telan. Memang dasyat.

Macam tu lah perumpamaan bila ingin mempromosi produk kerjaya ini. Macam saya ni baru nak belajar lagi memang kena jadi ikan tuna dulu la. Dapat makan seekor pun dah cukup bersyukur, rezeki alhamdulilah.

Boleh cover duit iklan di Facebook. Sebelum nak jadi ikan Paus kena la jadi ikan Tuna dulu. Betul tak?

Top-top affiliate ikan paus ini dulu pun bermula dari bawah juga, kita kena fokus dan sentiasa belajar dari kesilapan. Baru boleh jadi ikan paus hehe.

Tapi dalam fokus promosi niche kerjaya, rezeki datang dari affiliate Buat Duit dengan Youtube. Rupanya ramai yang berminat dengan Duit Video tetapi tidak boleh buat pembayaran sebab akaun SenangPay saya tidak aktif.

Selepas menghantar dokumen yang diperlukan seperti pendaftaran syarikat dan bank statement, akhirnya pembayaran secara online dapat dilakukan dengan mudah dan cepat. Terus boleh close sale.. Alhamdulillah.






Yang pasti kita kena usaha. Rezeki itu urusan Allah SWT. Kalau tak usaha asyik nak marah ikan Paus jer memang tak jadi.


Ada beberapa kesilapan yang telah saya lakukan semasa proses mengumpul list atau prospek yang berminat dengan produk yang saya promosikan.

Saya ingin kongsikan disini untuk menjadi panduan saya dan rakan pembaca sekalian.

Antara kesilapan utama saya ketika mengumpul list ialah:

1. Tidak buat Double Opt-In. 


Double Opt In ialah prospek perlu sahkan email mereka setelah subcribe dengan autoresponder kita. Prospek pelu buka email mreka dan klik link yang dihantar oleh autoresponder. Biasanya memang saya setkan Double Opt in, tapi kadang-kadang lupa sebab nak cepat takut prospek terlepas.

Bila prospek tak confirmkan email mereka, bersusun email yang kita hantar akan masuk spam box la jawabnya. Penat je karang email.

Prospek tak buka dan dapat baca pun kan. Tak ke sakit hati kita.


2. Tidak Test Susbcription Form 

Ini pun selalu terjadi kepada saya. Dah setting elok-elok autoresponder punya form, bila letak dalam blog atau landing page setting ke laut.

Patutlah tunggu takde pun prospek yang masuk rupanya subcription form FAIL. So selepas dah tampal code, terus test. Letakkan email kita dan klik subscribe.

Test samada autoresponder kita pickup atau tidak email yang ditinggalkan. Penting tu, kalau tidak buang masa je.

3. Tidak Setkan Notification Email Bila Suscriber Telah Subscribe

Ini pun jadi masalah jugak. Bila kita tak setkan notification, kita ingat tiada la prospek yang masuk. Bila tengok email asyik KRIK KRIK je. 

2 3 hari jugak saya biar,, sekali bila Exam dah habis. Bukak autoresponder tengok ada subscriber 6 orang. Memang takde rezeki la. Bila tengok setting tak setkan notification rupanya. Hampeh.

4. Bonus Yang Tidak Berkaitan 

Hehe ini pun lawak juga. Bila tengok Paus-Paus Affiliate bagi bonus kita pun nak join. Tapi bagi bonus tak berkaitan pulak dengan produk.

Bayangkanlah produk kerjaya tapi bagi bonus buat duit dengan video. Memang lemau la prospek tengok. Dia nak exam online SPA, kita nak suruh dia buat duit dengan video pulak.

So kalau boleh berikan bonus yang berkaitan dengan produk. Contohnya kalau produk kerjaya, berilah calon bonus nota tambahan seperti Bajet 2018 atau contoh soalan exam online SPA tahun-tahun lepas.

Barulah calon sejuk hati sikit nak beli produk yang kita promosikan.


5. Tiada Telegram Channel Yang Berkesan

Memang trend affiliate terkini untuk set Telegram channel berbanding Whatsapp Group. Ini kerana kalau kita setup Whatsapp Group, mereka akan share pulak produk nanti.

Pemilik produk yang pening kepala. Apapun Barokah itu penting. So bila set Telegram Channel komunikasi adalah satu hala. So kita sebagai admin sahaja yang boleh postkan info, promosi produk dan bonus.

Saya ada juga buat tapi tak ramai yang join. Mungkin ayat tak power.

Tapi saya dapati Paus Affiliate menggumpulkan list mereka di Channel Telegram dan menawarkan bonus disitu.

Ada yang lagi otai, siap ada bot dalam channel Telegram. Memang kagum tengok.


Belajar Dari Kesilapan

Kesilapan-kesilapan Newbies ini silalah anda elakkan. List adalah database pelanggan yang sangat penting. Saya banyak habis duit dengan promote iklan di FB post. So sangatlah rugi jika subscriber yang anda kumpul tidak responsif kerana email yang dihantar tidak masuk inbox mereka.

Mungkin sudah tiba masanya saya serius dalam menggunakan Facebook Bot Mesenger untuk mendapat openrate yang lebih tinggi dan megelakkan dari mesej masuk ke spam box.

Buat affiliate ni memang seronok sebab selain boleh mengisi masa lapang dan mencabar diri sendiri untuk buat duit online.

Kalau anda tengok Affiliate Paus buat duit memang gerun, sebab semua main 5 angka sekali. Modal bukan sedikit jugak tu untuk pengiklanan.

Kalau fikir memang tak logik, tapi kalau dah tengok carta. Haa ternganga ..

Apa lagi jom belajar buat duit online dengan affiliate.

Belajar jadi Tuna dahulu, jangan la terus nak Paus Biru.





Catat Ulasan

0 Ulasan