Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Yang pasti sekarang di Malaysia tentu sedang meriah dengan jemputan Open House. Radio Sinar FM pun walau sudah 2 minggu raya masih lagi pasang lagu Raya. Dugaan betul.
Semalam semasa sedang workout, trainer bercerita tentang dia tidak suka cuaca panas di Ankara. Ankara berada di tengah-tengah Turki, tanpa pantai dan laut seperti Malaysia. Dia beritahu lagi dia tak suka pergi ke swimming pool sebab tak bersih dan ada chemical.
Dari situ dia bercerita dia selain dari trainer dia juga seorang swimming dan scuba instructor. Dia biasa pergi ke laut Aegean di bahagian selatan Turki.
Hebat betul dia ni, dari atlet basikal, fitness trainer, dan swimming instructor. Scuba diving pun ada lesen instructor.
Bagaimana agaknya dia bahagikan masa?
Kalau difikirkan, semua orang ada 24 jam sahaja sehari dalam hidup. Tapi bagaimana ramai orang yang berjaya mampu mencapai cita-cita mereka.
Kalau difikirkan, semua orang ada 24 jam sahaja sehari dalam hidup. Tapi bagaimana ramai orang yang berjaya mampu mencapai cita-cita mereka.
Tips Untuk Menjadi Lebih Efisien dan Berjaya
Kebetulan saya baru sahaja habis membaca buku "Eat That Frog" yang ditulis oleh Brian Tracy (Edisi Bahasa Melayu). Jangan keliru, buku ini bukannya tentang kisah dongeng putera katak tetapi cara untuk menjadi lebih efisien dan produktif. Ianya disusun begitu menarik dan mudah difahami serta dipraktikkan.
Katak dalam buku ini sebenarnya adalah task/tanggungjawab/kerja kita yang paling berat dan susah dalam kehidupan dan kerjaya. Task yang kita selalu akan lengahkan, malas nak buat, yang akhirnya tak siap. Itulah katak yang paling besar dan hodoh.
Banyak masa dibuang untuk perkara yang kurang penting dari menyelesaikan kerja yang utama. Antaranya baca email, media sosial dan tidak fokus.
5 Tips untuk membunuh kemalasan dan sikap suka bertangguh dalam diri kita.
1) Kemaskan meja
Tips ni paling simple tapi paling efektif. Sebab tanpa meja yang kemas banyak kerja yang tidak dapat diselesaikan. Mood nak buat kerja pun ke laut apabila melihat meja yang serabut.
Dengan mengemas meja, anda akan lebih bermotivasi untuk melakukan kerja dan menyelesaikan masalah.
2) Buat perancangan awal
Sebelum tidur setiap malam, ambil pen dan kertas untuk listkan kerja dan tugasan yang anda perlu siapkan pada esok hari. Ini akan memastikan anda tidak lupa dan dapat fokus kepada tugasan yang perlu disiapkan.
Umpama jika anda ingin ke pasaraya dengan membawa list barang untuk dibeli. Anda akan beli barang dalam list sahaja. Ini lebih menjimatkan masa dan wang. Ini kerana anda tidak membeli barang yang tidak penting.
3) Gunakan teknik ABCDE
Teknik ABCDE ini dilakukan setelah anda mencatat segala tugasan dan task anda pada esok hari. Labelkan pada setiap tugasan dan task anda dengan label A, B, C , D, E.
Labelkan A, untuk tugasan yang paling penting sahaja.
B untuk tugasan yang penting.
C untuk tugasan yang kurang penting.
Dan seterusnya.
Ini penting kerana anda perlu fokus kepada task dan tugasan yang sangat penting terlebih dahulu sehingga siap. Kemudian baru anda fokus kepada task B, C dan seterusnya.
4) Maksimumkan KUASA peribadi
Kenalpasti waktu tenaga mental dan fizikal anda berada pada tahap paling optimum. Saya suka di waktu pagi untuk melakukan aktiviti penting seperti jogging, baca buku dan buat blog.
Kenal pasti kebolehan anda semulajadi dan tingkatkan kemahiran tersebut. Dengan mengikuti kursus atau seminar. Beli buku yang berkaitan untuk menjadi seorang yang pakar.
Apabila anda menjadi seorang yang pakar dalam sesuatu perkara, anda akan lebih cepat menyelesaikan kerja yang anda mahir.
Apabila anda menjadi seorang yang pakar dalam sesuatu perkara, anda akan lebih cepat menyelesaikan kerja yang anda mahir.
5) Keluar dari Perangkap teknologi
Ini adalah sesuatu perkara yang agak sukar untuk dilakukan. Dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih, segala informasi berada di hujung jari. Untuk fokus kepada tugas/task/amanah yang kita perlu lakukan, kita perlulah keluar dari perangkap teknologi ini.
Facebook, Instagram, Twitter dan email perlulah di"silent" modekan. Dengan kata lain, letakkan handphone dan tab anda jauh-jauh semasa menjalankan tugas penting anda untuk mengelakkan distraction.
Surah Al Asr
Allah SWT berfirman dalam surah Al Asr.
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.Bagaimana kita membahagikan masa adalah kunci kepada kejayaan kita di dunia dan akhirat. Jika kita mahu menjadi orang yang lebih efisien dan produktif. Gunakan lah masa yang diberikan dengan amanah. Bahagikan masa untuk seimbangkan dunia dan akhirat. InsyaAllah kita akan berjaya.
5 Ulasan
tetapi ada juga sedikit hasil melalui sales yang diperolehi dari media sosial