Buaya Besar Berjaya Dirakam oleh Drone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Bercerita tentang buaya ni, masa kecik dulu mak selalu takutkan aku ada buaya di sungai sebelah rumah aku. Masa tu kami duduk di kem sungai udang. Sampai aku terbawa-bawa dalam mimpi nampak buaya besar menunggu di bawah jambatan. Mak aku memang tak bagi main kat sungai tu. Takdela dalam mana pun sungai tu, paras lutut je kot. Budak budak masa tu percaya je la.

Selepas itu kami pindah ke Kem Oya Sibu. Abah aku pulak selalu cerita pasal Lagenda Bujang Senang di Sarawak. Buaya ganas selalu makan orang. 

Bila dah selalu ditakutkan dengan buaya ni sampai la terbawa-bawa sampai dah tua ni. Kalau jumpa sungai mesti tanya orang sini ada buaya tak. 

Ada sekali tu outstation di Kuching. Nak makan mee kolok di kedai tepi sungai. Kawan-kawan ajak naik sampan jer, seberang sungai dalam 10 minit. Tapi aku sanggup pusing jalan jauh naik kereta sebab orang sini cakap pernah nampak buaya kat sungai ni. Sampan pulak kecik je aku tengok, aku bayangkan kalau buaya tu libas sekali mau terbalik. Dahla tak reti berenang, ngeri ngeri.


Bila aku tengok buaya air masin ni muncul dari bawah bersama bangkai khinzir di mulut dengan ekornya melibas libas air. Terus seram bayangkan kalau tu mayat manusia yang cik B ni bawak...ho ho... Bayangkan tengah mandi manda di tepi pantai sekali muncul plak cik B ni aduiyaii.

Buaya ini berjaya dirakam oleh drone @MILAN_MG di Papua New Guinea. Menurut beliau lagi, buaya ini tinggal berdekatan kawasan perkampungan Baia, East New Britain sejak dua tahun lalu. 

So dia memang dah biasa curi khinzir dengan anjing dari kawasan tersebut. Ini kira caught red handed la. 

Saiz buaya ini lebih kurang 4 meter dan berat mencecah 1 tan. Besar ooo. Bak kata pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada buaya yer. 


Oklah tu trauma dengan buaya, kalau dengan kucing tu pelikla kan. Haha.

Catat Ulasan

0 Ulasan