3 Perkara Anda Perlu Tahu tentang Google Adsense

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semalam ada kawan dari London telefon. Dia cuti tanpa gaji sebab ikut wife bekerja di sana. Bertanya khabar sambil sembang pasal aktiviti suami suami kerja di rumah ni. Sahabat aku memang aktif mencari peluang pekerjaan di sana.



Dari kerja restaurant sampai la nak jadi driver Uber. Sedang apply lesen memandu penuh. Pernah jadi shipping agent juga.  Memang masyuk.

Bila dia tanya aku buat apa, aku cakap la duduk rumah layan movie dan Jenaka Kampung Kalut. Anak aku cukup suka layan sampai gelak satu rumah. Gelak je dia. 

Lepas tu dia tanya aku ada buat website game ke. Sebab update status kat Insta aku "hari hari main game . Aku bagitahu la itu untuk buat duit dengan Google Adsense. Ada beberapa lagi website yang aku setup untuk game dan video. Bolehla untuk buat duit tepi. 

Kebetulan pula, bulan ni dah cukup 100 USD income di Google Adsense, bolehla cash out ke akaun bank di Malaysia. Alhamdulilah




Ada blogger yang target berapa dia perlu dapat untuk sehari. Ada yang target 1 USD, 5 USD. Bila ada target ni senang sket nak pulun sebab lebih fokus untuk buat konten dan tarik trafik.

Macam aku ni redha je. Berapa yang ada je la. haha. (Malas ni jangan ikut)


3 Perkara Tentang Google Adsense Anda Perlu Tahu


Kat sini aku nak share la sikit-sikit ilmu Google Adsense ni. Sebab #abangterlajaklaris pun buat duit dengan Google Adsense ni. Yang kaya pun buat duit dengan Pakcik Google ni, takkan kita nak tengok je.

#1 Senang je Nak Mohon Akaun Adsense

Ramai yang tak tahu Akaun Google Adsense boleh dijana dengan website bahasa Melayu. Contohnya blog ini, aku letak satu je kat atas tu. Tak payah banyak-banyak. Kalau banyak sangat iklan nanti serabut.

Maksudnya anda boleh memohon akaun adsense dengan menggunakan blog bahasa melayu di blogger.com. Seperti yang kita maklum, buat blog di blogger.com adalah percuma. Cuma perlu ada akaun google sahaja.

Tapi perlu di ingat, bukan buat blog terus apply Adsense. Kena la bagi cantik dulu blog kita, ada isi ada menu. Macam kita nak apply loan, paperwork kena la cantik. Kalau blog tak cantik, trafik takde pun tak guna jugak . Income hanya generate dari trafik yang klik iklan kita. Usaha kena ada.

Kalau takde trafik, kita pulak gatal klik iklan sendiri memang cari nahas la jawabnya.



#2  Buat Duit dengan Google Adsense tak semestinya kena ada BLOG/Website

Yup, takde blog pun boleh buat duit dengan Google Adsense. Anda boleh menjana duit online dengan Google Adsense menggunakan video, bukan dengan website sahaja. Dari anda upload di FB baik upload di Youtube. Boleh buat duit online.

Anda hanya perlu upload beberapa video, selepas itu mohon akaun adsense dengan Youtube.com. 

Aku tengok banyak yang upload video Smule kat Youtube, view beribu beribu tapi tak monetize kan. Rugi woo. Kalau anda memang berbakat dalam sesuatu bidang tak kisahla menyanyi ke masak ke make up ke, sila la upload dekat Youtube.




Kalau dah banyak video dalam Youtube, tapi tak monetise kan lagi. Boleh pergi ke Menu Videos anda. Klik menu Monetisation. Lepas tu klik Monetise with ads.

Berapa ramai selebriti Youtube yang menjana pendapatan jutaan dollar dengan video mereka di Youtube. Contoh yang paling popular ialah PewDiePie.


#3 Buat Duit Online dengan Google Adsense kena Post Content Hari-Hari. 


Tidak juga. Sebenarnya ada cara untuk kita buat auto post di website kita. Contohnya kita buat website game dengan plugin myarcade.  Plugin ini akan post new game di website game kita. So everyday akan ada new game di website kita. Tugas kita hanya promosi di internet dan fb.

Sama juga dengan Video Website yang mengambil content dari Youtube. Ada plugin yang boleh dibeli bersama template video website yang menarik. Kita just letakkan target keyword yang kita nak.

Website video akan memaparkan video-video berkenaan dengan keyword tersebut. Menarik bukan. Tapi ini semua memerlukan modal. Cuma nak beritahu yang kita ada pilihan.

#Bonus : Cash Kan Duit di Google Adsense dengan Mudah

Anda juga perlu tahu, bila pendapatan online sudah mencecah USD 100, anda boleh memilih untuk transfer direct terus ke akaun Maybank atau CIMB anda. Tidak perlu lagi ke bank untuk cash kan duit melalui Western Union.

Apabila cukup USD 100, pada bulan Nov contohnya. Pada 21 Dec, Google akan transfer direct ke akaun bank pilihan anda. Biasanya ambil masa 2 3 hari untuk duit online di bank anda. 

Semakin mudah bukan dengan Google Adsense.

Ebook Percuma Panduan Google Adsense 


Sebelum ni aku ada bagi EBook Percuma tentang 6 Modul Adsense. Tapi sudah tidak relevan sebab sudah banyak update terbaru dari Google.

Jangan risau. Abang lankapo bermurah hati untuk memberi Ebook Modul 1 : Panduan Raja Adsense Revive. 




Saya Berminat

* indicates required



Jika anda berminat untuk mendapatkan edisi penuh. Boleh dapatkan di SINI. 

Modul 1 sebagai pengenalan untuk anda membuka minda sebentar. Jadi apa yang akan anda pelajari daripada pakej Raja Adsense Revamp ini?

Modul 1   : Pengenalan (Anda baca sekarang)
Modul 2   : Pemilihan Niche
Modul 3   : Pembangunan Blog
Modul 4   : Penulisan Artikel
Modul 5   : Search Engine Optimization
Module 6 : Teknik Pemasaran
Modul 7  : Mendapatkan Akaun Adsense
Modul 8  : Alternatif Kepada Adsense (Blog Monetization)
Modul 9  : Akaun Adsense Hosted
Modul 10 : Isu Penting dan Tips


10 Modul ini merangkumi semua aspek yang perlu ada dalam jiwa seorang Google Adsense Publisher. Jangan lupa untuk dapatkan nya nanti.








Catat Ulasan

1 Ulasan

reezluv berkata…
moga yang dah dapat akaun tu jaga la elok elok..ramai je yang buat blackhat, tak sedar income tu sah ke tak