Tamatlah sudah kempen domain .my percuma oleh AnakMerdeka.my yang berakhir pada 25 December 2014.
Aku sempatlah jugak daftar bukan 2 tapi 4 domain .my. Yahoo free la untuk setahun. Bila dah cukup setahun nanti, masak jugak nak renew, kalau satu domain dah RM90, 4 domain dah berapa, RM 360. Adui
Tapi takper, aku ada masa 12 bulan unuk buat yang terbaik dalam mencari sesuap nasi di arena online ini. Dari affiliate, 8share, churpchup ke Adsnese. So kena usaha keras.
Motivasi untuk membayar domain akan dijadikan azimat. Kalau tak mampu nanti buang lah dua domain .my ini. Tengok mana yang perform, jangan semua tak perform sudah.
So bila dah ada domain ni, kenala link kepada blog kan. Aku pun checkla setting kat myNIC. Puas godek, google kena jadi assign Technical Contact lah dulu baru boleh modify domain nameserver.
2 hari jugak aku berhempas pulas, tanya hosting provider, tanya kawan-kawan yang dah biasa buat. Barulah faham. Dia tak susah tapi leceh jer.
Konsep dia sama je. Kita nak ke blog kita dari domain .my, so domain ni kena ada alamat blog kita. Alamat blog kita, boleh jadi no ip atau cname.
Untuk yang ada hosting provider sendiri, boleh set add on domain di cpanel dan letakkan nameserver/server code hosting provider di mynic. Tunggu 24 jam, dah boleh link. Cara ini lebih mudah.
Bagaimana Nak Link Blogspot ke domain .my
Untuk link domain .my ke blogspot pula, anda tidak boleh link direct. Anda memerlukan orang ketiga.
Bukan orang ketiga dalam perhubungan yer, itu bahaya.
Orang ketiga ini adalah Cloudflare. Cloudflare ini akan menjadi orang tengah dalam menghubungkan antara domain .my dengan blgospot anda.
Jangan risau, pendaftaran Cloudflare adalah percuma.
Disini saya akan terangkan cara-cara untuk linkkan domain .my ke blogspot dengan cara santai, untuk memudahkan anda faham.
Flow dia,
- Blogspot: Setting 3rd Party Domain di Blogspot
- Cloudflare : Setting CNAME Blogspot di Cloudflare
- myNIC : Tukar Nameserver myNIC kepada Nameserver Cloudflare
- Blogspot : Setting di Blogspot semula untuk confirmkan domain .my
Kalau tak faham, takper. Kita kaji satu persatu, step dia. Sebelum itu pastikan anda sudah ada akaun domain .my dan register Cloudflare ok.
1. Setting Third Party URL Domain di Blogspot
a. Setelah memilih blogspot mana yang menjadi pilihan hati untuk di link kepada domain .my anda, pergi ke bahagian Setting, kemudian Basic di menu belah kiri.
Di bahagian Publishing, Blog address. Klik Setup a 3rd party URL for your blog.
b. Masukkan domain .my anda seperti di no 1. Blogspot akan beritahu, We have not been able to verify your authority to this domain. Error 12.
Its ok, sebab tujuan kita letakkan url tersebut adalah untuk mendapatkan CNAME 1 dan CNAME 2 untuk di letakkan di Cloudflare nanti.
Untuk mempercepatkan proses verification dari blogspot ke cloudflare. Kita juga boleh add ip address blogspot untuk diletakkan di cloudflare (klik no 2) dan TXT record (klik no 3)
c. Apabila kita klik no 2, page seperti dibawah akan keluar. Klik pada On a top-level domain.
d. Paparan seperti dibawah akan dipaparkan. Cut dan Paste no IP tersebut dalam notepad.
e. Untuk mendapatkan TXT record, klik no 3 seperti di gamba step b. Paparan seperti di bawah akan terpapar. Untuk domain provider sila pilih Other, sebab myNIC tiada dalam list. Cut and Paste Google Site Verification tersebut di notepad anda.
f. Ok sekarang kita dah ada 3 maklumat dari blogspot :
- CNAME 1 dan 2
- IP adress
- TXT record untuk verification
Kita akan gunakan maklumat diatas untuk digunakan pada setting di Cloudflare. Maklumat di atas merupakan alamat untuk diletakkan di Cloudflare supaya dapat ditujukan kepada Blogspot.
Kita akan sambung pada bahagian ke 2 untuk tutorial Link Domain .my ke Blogspot ini. Ini untuk memastikan anda dapat memahami dan menjiwai langkah-langkah pada tutorial pertama ini.
Sebab kalau panjang sangat nanti pening pulak nak baca, ok selamat mencuba.
6 Ulasan
Boleh check artikel berkaitan untuk Tutorial bahagian 2 dan 3. Good Luck :)