Soalan Temuduga Yang Tak Boleh Aku Lupa

Oh TNB
 
Seriously, aku memang tak suka temuduga. Sebab aku selalu fail bila depan penemuduga. Temuduga pertama aku ialah masa Form 5 untuk biasiswa TNB melanjutkan pelajaran ke UniTen. Masa tu score Trial SPM so TNB panggilla untuk temuduga biasiswa di Jalan Bangsar, KL. Masa tu adalah jugak praktis dengan kawan-kawan satu dorm, mana ada internet zaman tu. Punya la fikir apa soalan yang dia nak tanya. Practise speaking bagai. Tapi memang blur lah masa tu.

My first interview was a disaster. Mula-mula dia tanya tentang latar belakang diri, bla bla. Aku boleh jawab. Lepas tu, soalan yang aku tak boleh lupa sampai sekarang yang aku tak boleh jawab adalah apa beza sekolah aku SHAH Pekan dengan SEMSAS Kuantan. Sebab nama sekolah sama.

Aku dalam hati kata, what! itu soalan ko. Punyala aku baca pasal TNB sejarah bagai. Aku macam terkedu pun ada, otak jem. Tak tahu nak jawab. Tak tahu la tuan apa beza. HAHAHA, penemuduga boleh gelak balik, lepas tu dia tanya ada apaa-pa tak nak tanya. 

Aku pun tanya la apa langkah-langkah TNB untuk mengelakkan kejadian blackout satu Semenanjung berulang. Haa impress dia soalan aku. Lepas tu dia nak sekolahkan aku plak, tanya voltage yang kita pakai sekarang ni berapa la bla bla.

In the end, aku tak dapat pun biasiswa tu. Aku dapat biasiswa JPA..oklah tu.


 
Pengalaman Interview Kerja

 Lepas grade, memang banyak interview yang aku pergi dari Perodua, Samsung sampai la Proton. Semua tak dapat. Hahaha.

Semua soalan tricky, antara soalan yang tak boleh aku lupa

1. Nyatakan kelemahan anda ni masa dekat Produa Rawang

Aku jujur, cerita la..saya pemalu bagai haha, Gelak Manager tu. Pui

2. Jika anda seorang Engineer Elektrik apa yang anda akan tambah pada kereta Proton kami ?

Aku cakapla suruh tambah GPS la, letak mobile phone la tak sentuh langsung pasal fuel effeciency ke, bab-bab enjin ke haha. Sebab aku bukan minat sangat pasal kereta ni.

3. Masa interiview di Kilang Samsung Seremban, aku tak ingat sangat sebab lama puluh tahun dah. Yang aku ingat kilang Samsung tu buat monitor untuk supply satu dunia kot. Rugi - rugi  kalau tak aku dah pakai Samsung Note 4 sekarang.


Last-last aku kerja dengan sedara jugak senang, tak payah interview bagai. Masuk kerja terus.

One thing yang aku discover about myself is that, keyakinan diri kurang. Cepat gelabah. Masa interview dengan tok kadi pun berpeluh haha. Mungkin aku ni introvert bukan extrovert.

Sekarang dah Mudah
 
Tapi aku jealous dengan budak-budak zaman sekarang ni, senang je nak dapat Panduan Temuduga SPA la, Tips Temuduga la semua ada dalam ebook. Print baca je. Lebih-lebih lagi yang team InfoKerjaya (IKR) keluarkan. Dengar haritu ramai yang score Exam PTD M41. Untunglaaaa. Contoh soalan temuduga pun ada. Skrip jawapan pun ada, mana adil macam ni.

Kau orang dah well prepared dah, apa dia nak tanya. Aku rasa penemuduga baru tanya sepatah jek korang dah boleh terus jawab kan.

Tapi kena beringat juga, keyakinan diri, doa dan nota kena ada sebelum interview ni. 

Aku lupa nak citer, interview aku paling wow ialah masa dengan JPA. Masa tu aku betul-betul prepare sebab aku mereadykan diri dengan soalan-soalan tak diduga. 

Tekaan aku betul , dapat jugak. Apa beza US System Education dengan UK Education System. Aku pun tanya dia balik, apa yang dia nak tahu perbezaan  yang macam mana, dari segi A Level ke. General sangat soalan ni..haha dia pun tak tahu nak jawab..nampak sangat soalan ikut skrip hahaha.

Tu yang dapat Biasiswa JPA tuh (Tak nak kalah jugak)

Apa pun dalam apa-apa temuduga, keyakinan diri kena ada. Be well prepared. jangan harapkan buku sahaja. Buat dia tanya soalan lain dah tak boleh nak jawab. 

So itu je la dulu pengalaman aku interview dulu. Aku nak bagi tips lebih-lebih tak boleh sebab aku pun fail. Hahaha. 

Good Luck ok..selawat banyak-banyak.



Catat Ulasan

0 Ulasan