Penurunan Jumlah Pembiayaan PTPTN dan Penggunaan Data Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2014

Ramai Tak Bayar

Mengikut data yang dikeluarkan oleh PTPTN seramai 183, 000 peminjam yang masih tidak membayar pinjaman mereka. Ini membabitkan sejumlah RM 1.3 Billion. Jumlah yang besar ini menyebabkan PTPTN terpaksa mengurangkan jumlah pembiayaan untuk pelajar baru mengikut Pekeliling PTPTN Bilangan 1 2014, yang akan dikuatkuasakan bermula 1 November 2014.

Pekeliling in bertujuan untuk memaklumkan bahawa

1) Penurunan jumlah pembiayaan sebanyak 5% bagi Institusi Pengajian Awam (IPTA) termasuk Politeknik dan 15% bagi Institusi Pengajian Swasta (IPTS) 

2) Penggunaan data Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai salah satu kaedah tapisan untuk jumlah pembiayaan peminjam baru.

Sila rujuk Lampiran A :

 Screenshot from 2014-11-09 08:21:43




Pembiayaan baru ini juga mengklasifikasikan pembiayaan kepada 3 iaitu :

1) Pembiayaan penuh dikhaskan untuk pelajar dari keluarga yang menerima bantuan BR1M.
2) Pembiayaan 75% sahaja untuk pelajar dari keluarga berpendapatan kurang dari RM 8 000 sebulan.
3) Pembiayaan 50% sahaja untuk pelajar dari keluarga berpendapatan lebih dari RM 8000.


Sila isikan NAMA anda

Sila isi email anda





Makluman Syarat baru BR1M 2015

Berikut adalah syarat kelayakan permohonan BR1M 2015:

 (i) Warganegara Malaysia
 (ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
 (iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
 (iv) Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah •

 Sila kemukakan salinan:
 (i) MyKad bagi pemohon; dan
 (ii) MyKad/MyPR/PPassportbagi suami / isteri (jika berkenaan)

 BR1M 2015 TALIAN

HOTLINE BR1M : 1-800-88-2716 / 03-88824655 / 0388824656
 INSURAN BR1M (i-BR1M) : 03-2716 2716

Rasanya, menggunakan data BR1M untuk  pembiayaan penuh tiada masalah, tapi bab kena kurangkan tu, memang kesian lah kepada pelajar-pelajar baru. Harap bertabahlah. Pandaila jimat cermat. Nanti jangan jadi macam senior-senior yang tak nak bayar.

Aku pun dulu merasa jugak hidup student, naik bas je pergi kelas. Makan pun kat gerai dalam kolej. Sebulan sekali je makan luar. Alhamdulillah cukup.

Peminjam CULAS di BLACKLIST oleh PTPTN 

PTPTN telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Senarai peminjam yang telah dikenakan sekatan ini boleh disemak di bawah: Sila klik butang semak di bawah:

SEMAK DISINI

Tindakan blacklist untuk peminjam yang gagal bayar untuk 20 bulan. Jadi kepada peminjam PTPTN yang hendak ke luar negara, cek dulu nama anda disini. Malu nanti dengan kawan-kawan. Kalau artis lagi lah, boleh jadi headline paper.

p/s Satu jer aku tak gemar PTPTN ni, bab website dia. Slow gila. Upgradela sikit. Hari biasa pun nak tengok website dia pun susah.

Patutlahh :

2014-11-10-112531_1280x1024_scrot

p/s2  Portal Permohonan Online PTPTN akan ditutup sementara mulai 31 Oktober 2014 hingga 15 November 2014 bagi aktiviti penyelenggaraan dan permohonan hanya boleh dibuat mulai 16 November 2014. Dimaklumkan juga tarikh tutup permohonan dipinda kepada 30 November 2014, bagi mana-mana IPT yang terlibat dengan tarikh tutup permohonan pada 15 November 2014.



Catat Ulasan

0 Ulasan