Kisah Aku dan Clash of Clan
Game Clash of Clans ni aku start main tahun lepas setelah aku baca info kat Amanz.my. Amanz bagitahu yang game Clash of Clans ni dah boleh install dekat phone android, sebab sebelum ni ada kat iOs je. Adik aku yang pakai iPhone gelakkan aku sebab baru nak main, tengok Town Hall dia dah level 10. Perghh!
Aku yang newbie, terkial-kial baru nak main, baru nak kenal base, wall, Town Hall bagai. Lepas tu dia adik aku bagi tips kat aku macam mana susun base, dapat gems, kumpul duit dan serang base orang. Mula-mula tu memang syok, tapi asyik kena serang je base. Bila kumpul je gold and elixir, asyik kena serang dan gold dengan elixir kena curi. Macam mana nak upgrade jadik POWER.

Bila aku tengok base adik aku, siap ada King Barbarian level 10 dengan Archer Queen level 5, aku fikir dalam hati macam TAK BOLEH je aku nak sampai tahap tu. Macam mana nak kumpul Dark Elixir 10K, dah la Dark Elixir Drill sedut dark elixir slow. Bila banyak sikit jer, dah kena rompak. Mesti makan tahun aku nak dapat King Barbarian ni.
Awal-awal lagi aku dah patah semangat. Aku dah nak uninstall dah, tapi adik aku nasihatkan aku. BOLEH, kena tahu strategi dia. Mula-mula
1) Bina Base bagi defence power dulu, upgrade wall, canon, wizard tower, dan archer tower.
2) Upgrade askar dan bangunan sampai maximum level, baru upgrade Town Hall.
3) Kejar Trophies dulu sampai 1250, dapatkan rewards gems 450 dan tambah 50 lagi untuk beli pekerja. So bila pekerja ada 3 orang, laju sikit nak upgrade.
4) Letak Town Hall dekat luar wall, so bila kena serang, musuh akan target Town Hall saja. Dia tak akan pecah masuk base kita, so kita akan dapat protection untuk 12 jam.
Hasilnya lumayan, sekarang sudah ada King Barbarian level 5, Wizard, Archer, Barbarian semua level 5 dan Dragon plak level 3. Syiok OO.
Macam tak percaya pun ada. Setiap hari mesti bukak game COC untuk tengok base. Kutip gold dengan elixir. Pastu serang base orang. Pendapatan pasif ni.
Kisah Aku dan Google Adsense
Aku mengenali Google Adsense ni sejak 2006 lagi. Masa tu blog untuk suka-suka, sekali tengok Google nak bagi duit kalau letak iklan dia. Itu yang register tu.
Nak cash out duit, kena dapat klik sampai USD 100. Mula-mula tu semangat la, cuba buat entry dalam English. Tengok bulan pertama, 20 sen. Bulan kedua 40 sen haha macam TAK BOLEH je nak cecah USD 100 ni.
Berapa bulan lepas tu jejak la USD 10, baru Google nak hantar verification PIN. Oleh sebab aku TAK RASA boleh cecah USD 100 tu, aku pun letakla nama wife untuk penerima duit Google Adsense tu. Aku fikir dalam hati,tah bila dapatnya.
Lepas tu, baru buat research sikit-sikit, beli ebook study pasal macam mana nak buat duit dengan Google Adsense ni.Zaman tu famous John Chow, Problogger dan Shoemoney. Sumber inspirasi tuh.
Antara tips yang aku gunakan
Antara tips yang aku gunakan
1) Buat artikel How To, yang mengajar pembaca untuk menyelesaikan masalah
2) Cari keyword yang sesuai untuk niche kita. Check pakai Google Keyword Tools
3) Pastikan tulis artikel setiap 2 hari, janji blog sentiasa diupdate, Fresh Content
4) Link dengan blog yang sama niche
5) Komen artikel blog, blogwalking
6) Ping blog ke Blog Directory
7) Submit article ke Article Directory
8) Target keyword untuk dapat search ranking 1st page.
Alhamdullillah, cecah jugak USD 100. Rasa macam tak percaya pulak. Wife yang tak tahu apa pasal Google Adsense, tiba-tiba seronok pulak sebab nak dapat duit Adui! termenyesal pulak letak nama dia. Nak tukar nama aku, leceh pulak, macam-macam Google nak.
Pada mulanya, dia pun ragu-ragu betul ke Google nak bagi duit ni. Even kerani bank tu pun was-was. Bila tunjuk slip bawah ni baru la dia percaya, terus bagi form Westen Union.
Pada mulanya, dia pun ragu-ragu betul ke Google nak bagi duit ni. Even kerani bank tu pun was-was. Bila tunjuk slip bawah ni baru la dia percaya, terus bagi form Westen Union.
So far, aku dah earn USD 700 lebih dengan Google Adsense ni. 7 kali lah jugak wife aku pergi Bank ambik duit. 7 kali lah jugak kena belanja dia. Berkat jugak letak nama isteri ni yer. Hehe
Mula tu kekok jugak nak explain dekat kerani bank, lama-lama dia dah konfiden dah. Siap explain lagi kat kerani bank tu buat duit di blog dan iklan Google Adsense haha. Macam dia pulak yang bersengkang mata tulis artikel.

Apa kaitan Game Clash of Clans ni dengan Jana Wang dengan Adsense ?
Dalam kedua-dua kisah yang aku cuba kongsikan ini, nampak tak jalan ceritanya seakan-akan sama.
Cuba tengok, mula-mula aku tak percaya yang aku boleh buat, nampak payah, TAK BOLEH nak dapat King Barbarian , TAK BOLEH dapat USD 100 dengan Google Adsense ni.
Semua negatif la senang cerita. Tapi bila aku belajar teknik, applykan apa yang aku dah belajar, sebenarnya semua itu LOGIK dan BOLEH dicapai.
Sebenarnya titik tolaknya adalah diri kita sendiri. Kalau tak yakin pada diri sendiri yang kita boleh lakukan dan cepat putus asa, memang kita tak akan berjaya.
Sebenarnya titik tolaknya adalah diri kita sendiri. Kalau tak yakin pada diri sendiri yang kita boleh lakukan dan cepat putus asa, memang kita tak akan berjaya.
Aku cuba nak yakinkan pada anda semua, bahawa buat duit dengan Google Adsense atau Affiliate ni, BOLEH dan LOGIK.
Yang penting kita perlu USAHA, SABAR dan DOA. Kejayaan tidak datang sekelip mata. Percayalah, semua Blogger yang berjaya buat duit dengan Google Adsense ke Affiliate ke bukannya bulan lepas baru buat blog. So dengan diaorang ni la kita belajar teknik-teknik dan tips untuk jadi buat duit dengan ilmu yang diaorang ada.
1. Usaha, apa contoh usaha kalau nak cepat berjaya?. Kalau dalam Clash of Clans aku beli gems untuk cepat siapkan upgrade bangunan. So kalau dalam buat duit online ni kena beli ebookla kan.
Ilmu dan teknik kita kena carik. Barula kita di jalan yang betul untuk berjaya bukan bengkang bengkok, sebab kita tak tahu apa yang kita buat sebenarnya. Sekejap buat ini sekejap buat itu, takde fokus.
Semakin mudah bukan dengan Google Adsense.
Ebook Percuma Panduan Google Adsense
Sebelum ni aku ada bagi EBook Percuma tentang 6 Modul Adsense. Tapi sudah tidak relevan sebab sudah banyak update terbaru dari Google.
Jangan risau. Abang lankapo bermurah hati untuk memberi Ebook Modul 1 : Panduan Raja Adsense Revive. Sila isikan email anda dan tekan butang subscribe
Jangan risau. Abang lankapo bermurah hati untuk memberi Ebook Modul 1 : Panduan Raja Adsense Revive. Sila isikan email anda dan tekan butang subscribe
Modul 1 sebagai pengenalan untuk anda membuka minda sebentar. Jadi apa yang akan anda pelajari daripada pakej Raja Adsense Revamp ini?
Modul 1 : Pengenalan (Anda baca sekarang)
Modul 2 : Pemilihan Niche
Modul 3 : Pembangunan Blog
Modul 4 : Penulisan Artikel
Modul 5 : Search Engine Optimization
Module 6 : Teknik Pemasaran
Modul 7 : Mendapatkan Akaun Adsense
Modul 8 : Alternatif Kepada Adsense (Blog Monetization)
Modul 9 : Akaun Adsense Hosted
Modul 10 : Isu Penting dan Tips
10 Modul ini merangkumi semua aspek yang perlu ada dalam jiwa seorang Google Adsense Publisher. Jangan lupa untuk dapatkan nya nanti.
2. Sabar. Sabar atas usaha anda. Penting ni. Bukan sekejap ni buat teknik ni, sekejap tu dapat duit. Sabarrrr. Kita kena menyemai dulu benih-benih, lepas tu baru lah boleh menuai hasil. Jangan cepat bosan dan putus asa. Mungkin kisah aku dan adsense tak cukup memberi inspirasi, jadikan kisah mamat yang buat USD 9 ribu sebulan dengan Google Adsense sebagai pembakar semangat anda. Sematkan dalam hati, kalau dia boleh buat, kenapa kita tidak.
Kita kena ingat, kita tanam benih mungkin ambil masa 2 3 bulan sahaja, tapi menuai hasil bertahun-tahun , income InsyaAllah tetap masuk. Pastikan topik anda sentiasa evergreen dan orang akan cari setiap tahun.
Macam aku dulu, artikel How To aku dah 5 tahun aku buat, tapi orang still cari lagi. Sampai aku pun dah lupa, ini yang dikatakan pendapatan PASIF.
Macam aku dulu, artikel How To aku dah 5 tahun aku buat, tapi orang still cari lagi. Sampai aku pun dah lupa, ini yang dikatakan pendapatan PASIF.
Tips ini aku belajar dari Encik Titan, dalam KITAB PINK SEO nya. SEO memainkan peranan penting dalam sesebuah blog. Kalau kita buat blog syok sendiri, memang kita je lah baca blog kita. Trafik dan SEO adalah umpama lirik dan lagu. Tidak dapat dipisahkan.
Teknik SEO Merah Jambu ini direka oleh beliau berdasarkan pengalaman menulis blog selama 10 tahun (2003-2013). Ada 7 ciri penting bagaimana hendak bermain dengan SEO melalui artikel- artikel anda. Beliau telah menghasilkan beribu-ribu ringgit dengan Teknik Kitab Pink ini.

3. Doa. Kita kena yakin rezeki dari Allah SWT. Bukan dari bos kita atau manusia lain, penting nak kena faham tu. So kena perbanyakkan doa untuk murahkan rezeki dan dipermudahkan untuk dapat rezeki HALAL.
Banyakkan solat Dhuha. Ambil wudhuk siap-siap, sharp 930 pagi solat 2 rakaat. Amalkan pasti ada perubahan. Bukan lama pun. 5 minit pun tak sampai. Biar pendek tapi istiqomah.
credit imej UC
Mungkin rezeki datang bukan dalam bentuk wang, tapi mungkin dalam bentuk kesihatan, anak yang cerdik, rumahtangga yang bahagia atau rezeki yang mencukupi.
Buat blog, buat blog juga, tapi yang WAJIB jangan lupa.Barulah berkat.
Percaya Pada Diri Sendiri
Kisah Aku , Clash Of Clans dan Google Adsense merupakan kisah yang pada aku membuktikan bahawa kita mampu berjaya jika kita berusaha, sabar dan doa.
Sematkan dalam hati bahawa AKU BOLEH dan buang jauh-jauh pikiran negatif seperti TAK LOGIK dan TAK BOLEH.
Mula-mula memang, rasa tak boleh rasa tak semangat. Tengok orang yang dah lama berjaya, lagi la. Tanamkan dalam hati anda, kalau dia boleh buat, AKU MESTI BOLEH! Malaysia Boleh hehe caiyok.

Apa sahaja yang ingin kita capai InsyaALLAH, jika betul caranya, akan dipermudahkan.
Apa tunggu lagi, bertindak sekarang. Kalau tiada ilmu, belajar dan cari. Selamat beramal...
2 Ulasan