Bukan EXAM PTD 2014
# Pernah tak tersedar dari mimpi dengan perasaan berdebar-debar. Jantung berdegup laju. Terasa badan macam berpeluh. Aku selalu kena macam ini. Lagi-lagi mimpi nak ambil exam.
# Tak kira la masa nak kat Exam masa dekat Sekolah ke, Universiti ke mesti berdebar-debar balik. Orang kata mimpi ni mainan tidur. Tapi bila tersedar
# Mungkin dulu struggle sangat kot, ye lah dulu tak reti nak bawak toyol masuk dalam dewan peperiksaan. SAnggup berjaga malam nak study, buat nota dan latihan. Arghhh semua zaman itu sudah berlalu.
# Ramai kawan-kawan yang meneruskan perjuangan ambil Master dan PhD. Ramai jugak yang mohon Tenaga Pengajar Muda UiTM sambil belajar jadi Tutor.
# Wife ada jugak suruh belajar dan sambung. Sekarang kan tengah jadi Mr Mama katanya. Termenung panjang kejapp. Fobia la nak mengadap supervisor, test dan exam ni.
Fobia dengan Supervisor
# Dulu masa nak buat thesis final year, aku bercadang untuk buat thesis dalam bidang fiber optik, color recognition. Supervisor tu pada mulanya setuju, dia yang bagi tajuk semua.
# Aku bersungguh-sungguh study pasal fibre optic ni. Siap bawak buku study masa camping kat Gunung Tahan. 7 hari tuh dalam hutan. Ramai yang gelakkan aku.
# Tapi aku tetap fokus, jiwa kental. Semangat waja..umpama Waja Timur dalam Raja Rimba. Tapi ku sangka Tenno Gelap lagi hebat.
# Bila jumpa balik dengan Supervisor it, equipment yang dikatakan boleh pinjam, kena beli pakai duit sendiri. Beribu jugak harganya. Aku pasrah. Dulu kata lain sekarang cerita lain. Aku ibarat mentimun dengan durian. Kot mana pun aku akan terguris.
# Terpaksa la tukar tajuk dan supervisor. Sebab dah lambat, tinggalla Supervisor aka Lecturer baru dari Iraq. Dia baru lagi, handphone takde. Apa-apa kena datang terus lab dia. Bala apakah ini. Dia ada bagi list tajuk untuk Final Projek. Semua aku tak berminat. Nak communicate dan mintak nasihat pun payah
# Aku decide untuk buat sendiri je. Tajuk dia :
HiperLAN/2 : OFDM Simulation Using Simulink
# Aku pilih tajuk ni sebab ada nama aku. Hahaha. Sampai sekarang aku pun tak faham apa benda yang aku tulis dalam Final Project tu, sebab ambil projek orang kat UniTen. Masa presentation pun hancur. Banyak tak dapat jawab soalan. Tapi dapat lah jugak B-. Graduate la jugak.
# Menyesal jugak tak buat betul-betul. Mungkin aku tak bernasib baik. Mudah patah semangat. Pengajaran buat adik-adik, prepare well for your final project. You can copy others but you will gain nothing.
# Mungkin ini antara sebab aku fobia. Dalam mimpi pun terbawa-bawa. Tapi buat adik-adik yang nak ambil Exam PTD 2014 tu buat betul-betul yer.
# Aku pun selalu galakkan adik aku untuk sambung belajar lagi biar sampai dapat PhD. Berusaha yang terbaik. Ada peluang ambil. Gain Experience.
0 Ulasan