Buai Laju-Laju
# Siapa yang tak nak anak dia pandai membaca dan mengaji pada usia awal. Damia pun pandai membaca pada usia 5 tahun lebih. Waktu dia bersekolah di Tabika Kemas Putrajaya, aku pun terperanjat dia dah boleh membaca.
# Aku pun rajin jugak waktu lapang duduk main flash card dan baca buku dengan dia. Mula-mula letih jugak rasa, kita biasala tak sabar kan. Tapi bila dia dah boleh baca dengan lancar terus hilang rasa penat selama ini.
# Lepas tu, kena la rajinkan diri belikan dia buku kat MPH Alamanda Putrajaya. Dia memang suka baca buku cerita.
# Semasa di Putrajaya, Damia sekolah Kebangsaan, Petang sekolah KAFA. Bila di Ankara, pagi International School dari 730 pagi sampai 315 petang. Takde sekolah Agama. Masalah ni, mengaji baru Iqraq 4. So aku ambil keputusan untuk ajar sendiri. Lepas Maghrib aku akan ajar dia mengaji Iqraq. At least, InsyaAllah kalau dia dah pandai baca Al-quran nanti aku pun turut sama dapat pahala berpanjangan.
Zaman dah Moden
# Sedar tak zaman kita dulu tak macam sekarang. Kalau yang rumah dekat sungai, mandi sungai. Rumah dekat dengan padang, tangkap belalang, main layang-layang.Anak aku layang-layang pun tak kenal kalau tak tengok cerita Upin-Ipin. Anak-anak sekarang gadjet wajib samada handphone atau tab/ipad. Setiap seorang mesti ada satu. Yang made in China pun ok.
# Zaman telah berubah, cara didik anak pun kena up to date.
Ada beberapa Tips Anak Pintar dan Cerdas yang boleh dikongsikan bersama :
1. Beri Anak susu Ibu 2 Tahun.
Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 233:
“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya
selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
Ini satu kemestian. Untuk antibodi anak itu sendiri melawan penyakit.
2. Ajar Anak Membaca
Gunakan Flash card untuk suku kata yang mudah dan kad bergambar. Percayalah dengan usaha bersungguh-sungguh dan sabar. InsyaAllah anak anda akan cepat membaca.
3. Ajar sendiri Anak anda Mengaji
Mungkin sudah ada ustazah yang mengajar, tapi tidak salah jika sama-sama ulangkaji dengana anak. Sekurang-kurangnya anda pun dapat pahala dan anak anda akan cepat baca Al-quran.
InsyaAllah nanti setiap pahala bacaanya nanti akan sampai juga kepada kita.
4. Borak dengan Anak anda
Jangan biarkan kesibukan kerja anda, whatsapp atau Facebook menyebabkan anda terabai. Selalulah bercerita dengan dia. Dengar masalah anak anda. Semak kerja sekolah dia. Ambil berat tentang sekolah dan rakan-rakan dia.
0 Ulasan