Bila dah jadik bapa

260720091032

Last month, ramai kawan-kawan aku yang dah jadi bapa. Tahniah diucapkan. Dulu kalau masa bercinta orang akan tanya bila nak kahwin.
Bila dah kawin orang akan tanya bila nak dapat anak. Sekarang mereka dah boleh jawab lah hehe.
Sambil melawat mereka macam-macam pengalaman yang dikongsi. Macam knowledge sharingla.Aku pun turut sama berkongsi kisah damia yang bersalin dengan tali pusat yang sudah putus dan biru satu badan.
Ada yang wife bersalin normal, ada yang ceaser. Ada yang 13 jam menunggu ada yang 24 jam menunggu. Pengalaman inilah yang akan di kenang sampai bila-bila.
Tidak semua orang berpeluang merasai nikmat ini. Ada  yang sudah kahwin lama tapi masih belum dikurniakan rezeki.
Pada aku, pada yang dah dapat anak tu, sentiasa bersyulkur. Kawan aku gugur sampai 3 kali, tapi selepas berusaha dengan Dr Sukilmi akhirnya dengan izin Allah Taala, dia melahirkan anak lelaki last week. Indah kan.

Cukup tidor tak?

Soalan yang aku sering tanya buat kaum bapa ialah, siapa yang bangun malam klu nak tukar pampers baby? Cukup tidor tak ?
Ada yang jawab isteri je yang bangun hehe. Tak bulehlah macam tu kan.
BIla dah ada anak bapa pun kena bertanggungjawab sama. Having a baby ni bukan macam ada anak patung. It’s a Big responsibility.
Mana nak cukup tido kan klu dah ada baby. Baby ni plak klu siang ok jerk, klu mlm yang asyik terbangun, saba je laa.

Pantang Conflict

Pengalaman pantang plak, memang best. Aku bertuah kerana dikurniakan dengan mak mentua yang masih sihat dan kuat.Sewaktu pantang dia lah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku tentang cara nak mandikan bayi sampai lah nak carik daun tungku.It’s a fun experience.
Pengalaman rakan-rakan lain plak, ada yang berpantang di rumah sendiri kerana ibu mertua ke luar negara. Ada yang dua-dua mak datang sekali menjaga
Bila dah takder orang tua yg jaga for first baby first, kesian plak. Sebab macam-macam benda kena belajar.Kena call sana sini untk ocnfirm kan bagai.
Bila dua-dua mak ada, pantang conflict plak. Mak sendiri cakap lain mak mentua cara lain plak. Heheh kelakar pun ada. Orang tua hati kena jaga. Sebagai anak, pandai-pandai lah yerk.
Aku baru perasan, masa mak aku nak datang melawat Damia, mak mentua aku nak pergi rumah anak dia yang yang lain. Tak nak konflik rupanya. Sebab sebelum ni ok je.Belah aku cucu pertama , belah isteri dah 2o lebih dah.
Bercerita tentang pantang plak, macam-macam ada. Ada yang eplik dan misteri so pandai2 lah yerkk

Reward your wife

Lastly, rewardlah your wife kan. A friend of mine once told me, yang each time mak dia bersalin ayah dia akan beli emas untuk mak dia. and that is what i did. Perjuangan mereka untuk melahirkan baby adalah antara hidup dan mati. Hargailah isteri anda. Janganlah terlalu ego hingga lampin bayi pun tak pernah tukar dan bangga apabila bercerita dengan rakan-rakan lelaki yang lain. That is pathetic. Anak dan isteri merupakan anugerah dan tanggungjawab suami, bukannya beban.Do remember that.
Aku ingat lagi seorang brother ni, aku selalu berurusan dengan dia di kuantan. Dia selalu tanya bila nak kawin sebab dia kawin lambat. Rugi dia ckp. Syok o bila dah ada anak. Kalau balik kerja badan letih bagaimana pun, kalau disambut dengan senyuman dan panggilan papa dari anak di pintu, hilang segala penat lelah tersebut.
Masa tuh aku belum kahwin lagi so tak dapat lah nak dibayangkan. Tapi sekarang aku sudah merasainya. :) It’s a miracle really.

 030820091056

Catat Ulasan

3 Ulasan

peyqong berkata…
Wait until your kids can talk and when they wish you happy birthday on your birthday. You will be speechless! :)
lankapo berkata…
ahhhh that will be so so sweeeetttt :)
Ida Naziri berkata…
tali pusat putus? camne jd gitew?