UFO di Larkin adalah RC Kite ?

 

mainpix JOHOR BAHRU: Rakaman video pergerakan beberapa objek bercahaya hijau dan putih di ruang udara Larkin, di sini didakwa dilihat penduduk yang disiarkan akhbar seminggu lalu, dipercayai bukan pesawat makhluk asing atau Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO), sebaliknya sejenis layang-layang bercahaya.
Seorang pembaca Harian Metro (HM), Mohd Zin Othman, mendakwa kejadian itu bukan perkara luar biasa kerana dia dan keluarga pernah melihat objek sama sebelum ini.
“UFO yang dimaksudkan itu saya serta keluarga pernah melihatnya sebelum ini. Gelagatnya bergerak ke kiri dan ke kanan, ia bukan UFO,” katanya.
Menurutnya, objek bergerak ke kiri dan ke kanan dilihat penduduk bukan UFO sebaliknya sejenis layang-layang berlampu sering dimainkan di Singapura, malah pernah ditayangkan di televisyen negara itu.Harian Metro

Marah kawan aku bila objek/UFO yang dia nampak dikatakan adalah “RC Kite” ataupun dalam bahasa melayunya Layang-Layang Kawalan Jauh yang sangat popular di Singapura.Jangan baca salah plak, RC Kita hehee aku pun mula-mula confuse jugak. Mari kita lihat video RC kite ni:

Dia lebih kurang gini lah rupanya, RC Kite tu..nak lebih info bleh pg ke http://goflykite.com, team Singapore yang paling glamor dengan RC Kite ni.

IMG_1294_169x100

 IMG_1305_133x108

Mengikut kata En Zam, member gua ni, objek yang dia lihat tidak mungkin RC Kite kerana:

1. Ketinggian yang mustahil dicapai oleh RC Kite, objek tersebut berada tinggi di langit.Even tidak dapat di rakamkan oleh video cam.

2. Objek tersebut berada lebih 3 jam di langit, so tak logik lahkan bateri rechargeable buleh tahan sebegitu lama.

3. Pergerakan objek tersebutyang statik, berbanding RC kite yang perlu bergerak untuk kekal di udara.

Kesimpulan aku senang jerk, UAV dari Singapore nih hehe

Catat Ulasan

2 Ulasan

Faizah Roslaini berkata…
UAV tu amende beb?
AZMALNOR berkata…
-CT..UAV tu Unmanned Arial Vehicle..untuk pengintipan. pilotless aircrafft/drone.

-lan..setelah melihat gambar,based on apa yang aku tahu..ianya mungkin bukan UAV sebab UAV biasanya takkan direka untuk dilihat..(not designed to be seen or visible).. kalau UAV yang berada di very high altitude pun kita takkan nampak sebab Boeing 747-400 pun cuma kelihatan macam satu titik.. yang mungkin ada pada UAV pun mungkin navigation light warna merah dan biru dan putih tp aku rasa xde,,sebab senang musuh nak spot.
but teknologi military sekarang, untuk penerbangan malam, diorang ada infrared navigation light menggantikan lampu merah biru putih konvensional..yn mana cuma boleh dilihat oleh device tertentu seperti FLIR(forward looking infra red) atau thermal imaging..
UFO atau tidak..wallahualam.. tapi pendapat aku, bukan UAV. sekadar pendapat..hehe