Pagi Rabu ni, aku macam tk ada idea sangat nak blog, maklum la malam tadi layan bola Chelsea dgn Liverpool kan. Match memang tak rugi kalau tengok , memang dramatik. Tak sia-sia lah jaga sampai subuh hehe

Datang je opis bila baca berita online kat Berita Harian, aku tengok tajuk Bayern layak selepas seri dengan Barcelona, bila masa plak. Terus aku rasa nak marah dan blog pasal ni.

Wartawan ni aku rasa tak cukup tido ni, tak pun fan Liverpool tu yang kerja pun dah tak betul dah haha.Korang bleh baca kat sini Dari berita sumber dari AFP, sama ada english dia fail atau tak buleh terima kekalahan hehe

image

Aku hingat satu jerk, rupanya ada satu lagi error dari kosmo plak, ni pasal eksiden hari tuh. Kan ada kemalangan maut MPV David Teoh, produser filem Jangan Tegur langgar pekerja Bangladesh di lebuhraya kan.

Bila aku baca isi dia, cerita pasal bas yang eksiden kat Rawang hari tuh, aik ni lagi satu Wartawan penyokong Liverpool kot haha. Tak caya bleh cek sini

image

Kalau team dah kalah tuh, jangan lah sedih biasa lah tuh..adat permainan….APAKAH kaitan kekalahan Liverpool dengan tajuk akhbar yang salah ini….

LU PIKIR LAH SENDIRi hahahaha