Saptuyah menunjukkan martabak sardin yang dibelinya didakwa mengandungi lipas di salah sebuah restoran di Shah Alam semalam.
Salam sejahtera,SHAH ALAM - Martabak sardin berinti lipas.
Ia kedengaran pelik dan menjijikkan namun itulah hidangan yang dijamah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Saptuyah Senson, 53, tengah hari semalam.Image via Wikipedia
Menurut Saptuyah, dia hanya menyedari anak lipas sepanjang 1.5 sentimeter terselit di antara bawang dan sardin selepas menjamah suku daripada martabak yang dibelinya daripada sebuah restoran di sini.
Apa yang menggelikan, Saptuyah mendakwa secara tidak sedar beliau telah menelan sebahagian kaki anak lipas tersebut sebelum memuntahkannya semula.
"Habis saya muntah kesemua martabak yang telah dimakan selepas ternampak anak lipas tanpa kaki kiri bersama inti sardin dan bawang," dakwanya ketika ditemui di restoran tersebut di sini semalam.
Menurut beliau, makanan itu dibeli oleh seorang pekerjanya di sebuah restoran kira-kira pukul 11.45 pagi semalam.
Berita sensasi hari ini, awas anda yang suka makan di kedai mamak..roti canai/murtabak anda mungkin ada anak lipas berlari2 hehe. Dulu masa bujang dulu kedai mamak memang jadi tempat lepak. Lepas main futsal atau tengok bola. Plak tu dekat shah alam paling banyak kedai mamak.
Kadang-kadang sebelah menyebelah macam kat seksyen 11 tuhh. Rilek aja.Customer pun ramai je...Nama macam-macam.Sama pofular dengan restoran mewah.Darul Ehsan,Daud, Pelita, Bistro dan macam-macam lagi lah bercambah bak cendawan tumbuh kat shah alam ni. Kadang-kadang kedai/restoran melayu kejap je bukak . 2 3 bulan bungkus. Kesian aku tengok.
Tentang tahap kebersihan di kedai makan ni harus lah di ambil berat. Usha-usha lah sket kan. Jangan main melantak jerk. Kadang-kadang dekat tempat makan bukan main bersih lagi dia jaga tapi dekat tempat masak haraamm.
Ada satu insiden depan mata aku. Mamak ni tengah goreng mee, kawan dia nak ambil sampah dari tong sampah. Disebabkan yang tukang goreng ni menghalang jalan dia nak ambil sampah tu, yang tukang goreng pun ambil kan lah plastik sampah tu kepada rakannya.
Lepas tu dengan selamba derk jekk, dengan tak basuh tangan apa semua boleh teruskan aje masak mee. Insiden ni berlaku depan pakcik yang order tuhh, terus dia suh cancel :). Sampah ko tahu lah kan macam-macam ada, yang berlendir2 lagi, minyak minyak lagi, mana tak pakcik ni tak geli beb.
Yang aku peliknya kedai mamak ni sungguh pofular di bandar-bandar besar. Kalau kat kampung aku tuh, tak lah banyak sangat kedai mamak ni. Orang kampung aku lebih prefer makan roti canai melayu dan teh tarik pak din hehe. Warung-warung kopi tepi jalan jerr.
Anyway, tidak semestinya kedai mamak je kan, kedai-kedai lain pun kenalah jaga. Kita sebagai pengguna haruslah berwaspada. Masa tunggu order tu perati2 kan lah sket. Tukang masak tu masak camner, jaga ke tidak kebersihan. Kalau agak-agak macam tak berpuas hati , cari lah tempat lain.
Kalau tidak jadi macam kes makcik kat atas tuh, tak ke naya makan murtabak inti lipas. Macam fear factor plak haha. Aku pun pernah kena dulu masa makan kat warung makan dalam ITM. Kuah sayur dah basi dia jual lagi. Bila aku makan nak muntah rasa. Terus aku repot kat mak cik Indonesia tuh, bleh plak dia cakap memang macam tuh rasa kuah lemak sayur kubis dik. Nak amuk lah jugak aku, aku suruh dia rasa dulu. Sedap ke tak.
Dan-dan tuh, bos dia masuk campur dan suh ambik lain. Kalau tak tahu lah aku report kat HEP heheh. Oklah sampai sini dulu yerk.Ingat yer kawan-kawan perati2kan lah cara masakan anda di masak yer..
Makanan Bersih, Badan sihat, otak cergas :)
7 Ulasan
nieh kedai mamak...mase kat hostel dulu lagi macam2 makhluk asing...tapi kitowang takleh report:D
@ sha - mm masa sekolah dulu jgn ckp la. Budak jumpa anak katak dlm periuk nasi tu blehh yuksss..bila ingat balik
seperti yang aku duga
sumber dari member aku keja kat MBSA