Salam lebaran semua,
Sedang asyik melayan karenah anak dara aku sorang ni yang makin tagas (orang Johor cakap). Tiba-tiba aku teringat 10 bulan 2 minggu 1 hari yang lepas, saat dia dilahirkan. Memang antara saat-saat mendebarkan dalam hidup aku. Aku hampir kehilangannya. :(
Masa wife pregnant, tak de masalah yang teruk sangat. Cuma mabuk and muntah-muntah aja. 2 minggu jugak lah dia MC. Masa tu check up di Klinik Kesihatan Putrajaya, and bila dah 8 bulan ke atas baru check up di Hospital Annur, Bangi. Dr Fatimah, dr kami.Doktor yang di cadangkan oleh akak-akak ipar aku. Semasa 8-9 bulan, tekanan darah(BP) wife aku makin tinggi.
So Dr mencadangkan untuk bagi MC 1 minggu supaya rest dan turunkan tekanan darah. Bila datang balik tekanan tetap tinggi, so Dr cadangkan 9 Nov 2007, Jumaat, untuk di induce kerana tekanan darah yang tinggi boleh membahayakan baby memandangkan sudah cukup 38 minggu.
Hari yang di nantikan tiba, wife aku di masukkan di wad dan di induce. Aku sempat menunaikan solat Jumaat di Masjid Bangi. Apabila air ketuban pecah, bidan datang cek.Setiap jam, bidan masa tu jangkakan malam baru bersalin. Namun kuasa Tuhan mengatasi segalanya, pukul 4 lebih, Bidan sahkan sudah boleh di bawa ke bilik bersalin.
Masa ni lah saat-saat mendebarkan bermula, buleh pada masa tu bilik bersalin penuh. So wife aku terpaksa menahan sakit lagi ,menunggu sehingga ada kekosongan. Dalam pukul lima baru, kami di pindahkan ke wad bersalin. Kelibat Dr Fatimah masih tidak kelihatan, bidan memberitahu Dr sedang/selesai caesarean section.
Bidan check degupan jantung Damia, dan ia makin lemah.Bidan suruh jugak nurse panggil Dr sekarang. Aku masih ingat lagi kata dia "Heart beat dah tak cantik dah ni, nak kena bersalin jugak ni". Masa tu jugak lah wife aku menahan kesakitan. "Sakit, sakit!" kata dia. Aku terus genggam erat tangannya dan cuba menenangkan dia.
Tiba-tiba Dr Fatimah muncul, lantas menyarung sarung tangan. Dengan pantas mengambil kedudukan . Dia terus suruh push!. Dengan sekali push, terus Damia menjengah keluar. Senyap dan longlai. Badan dia kebiru-biruan. Tiada tangisan yang keluar dari mulut yang comel itu.Aku tergamam. Tali pusat dia sudah putus dalam perut lagi. Uri Damia pula sudah hancur kerana tekanan darah yang tinggi. Damia masih tak bergerak apabila dr letakkan di atas perut my wife. Bidan suruh aku pegang, aku tak berani. Memang kelam kabut masa tuh. Dr fatimah sempat cakap masa sambut Damia, "Ini yang I takut ni", tapi tetap tenang.
From damia07 |
Nasib baik Sister(chief nurse kot) ada pada masa tuh, terus dia dukung Damia and tepuk-tepuk kaki,belakang dan bawak keluar. Damia masih tak memberi respon. Badannya masih biru. Ahhh tak dapat aku bayangkan keadaan aku masa tuh, macam-macam yang datang di fikiran. Sister cuba clearkan mulut dan throat Damia dengan penyedut sambil menepuk-nepuk kaki dia.
Dr Fatimah meluru keluar, meninggalkan my wife dalam wad bersalin. My wife tinggal sorang-sorang pada masa tu sebab semua risaukan Damia. Terus suruh nurse call Pakar Pediatrik, tapi dia tak dapat dihubungi lah plak. Tidak lama selepas berusaha membantu Damia untuk bernafas, akhirnya Damia memberi respon. Paru-parunya perlahan-lahan menghirup udara bumi. Airmata aku mengalir, tanda kesyukuran kepada Ilahi. Damia di masukkan di dalam kiub khas, untuk membolehkan oksigen dibekalkan. Aku lihat mata dia perlahan-lahan membuka mata melihat ke arahku. Sejuk rasa hati.
Terus aku pergi ke isteriku yang masih lemah, memberitahu bahawa Damia selamat.Cuma lemah sedikit. Then baru lah Dr fatimah datang and finish the job. Damia di masukkan air untuk memberi dia tenaga. Kesian aku tengok dia, aku rasa jarum yang cucuk tuh lagi besar dari tangan dia. Berat pun 2.6 kg je.Takper lah janji dia dan my wife selamat.
Menurut Dr fatimah, kes putus tali pusat dalam perut and survive ada lah satu dalam seribu. Dia kena buat report pasal kes Damia ni. Pada aku Damia Anura adalah keajaiban dan anugerah tak ternilai kepada kami. Dialah intan dia lah payung. Sebab itu lah, bila dia memanjat sana sini ke, buat perangai ke, aku layan kan aja :). Wife aku je yang tak nak manja kan dia hehe.
Nak buat camner, anak bapak lah katakan heheh
6 Ulasan
Selamber jer pecah air ketuban dah induce Dr takde lagi. Mane buleh.
Kalau takde capacity atau unable nak sambut sebab busy ke hape, bagitau siap2. Boleh cari hospital lain. Ini dah pecah ketuban baru kuar dari Ceasar la. Apa barang?
Sorryla aku emo. Hospital ni private kan bukan gomen kan? Hisyy.. Tak patut la. Next time cari tempat lain la.
AKu first time, mana lah tahu sangat.Mungkin nasib tak baik sket ahri tuh.Sebab akak2 aku yang lain ok jerk. Lagi pun Dr tak jangka cepat sangat bersalinnya. Pukul 1 masuk kul 5 dah bersalin
mm memang lah. saper tak cedih kan. dah lah kecik lagi. risau macam2 masa tuh. ni bila dia dah besar sket nih walaupun letih nak jaga.
pada lan tak per, rumah akan sunyi tanpa keletah dia.
bayangkan lah kat pizza hut pun dia buleh jerit sorang2 suka hati dia jerkk
damia damia
kalo aku tunjuk cite nieh kat mak aku...sure die nangeh...
sedangkan waktu die citekan kelahiran aku kat aku pon die tersedu2...
tahniah bro...comey la anak tuh!
oo biru ek masa kecik, patut lah tagas bila dah besa hehe
semoga damia berjaya seperti ceryna yerkk, eh kalau buleh lebih lagi hehehe