"Raya tahun ni, damia raya di Kampar dulu yerkk"
"Nak duit raya tauu"
Hehehe..raya puasa tahun ini akan mencatatkan sejarah kerana buat pertama kalinya dalam 29 thn ini, aku akan beraya di rumah mentua di Kampar Perak. Mula-mula aku rasa takder apa, tapi bila layan lagu raya terasa plak syahdunya di pagi raya nanti.
Sempat jugak lah aku share pengalaman dengan member yang akan beraya di rumah mentua buat kali kedua. Dia cakap ko akan rasa macam mana isteri ko rasa dulu. Hehe, lepas mendirikan rumah tangga..aku raya di kampung aku dulu, wife aku memang sedih lah sebab dia pun first time.Dah lah carik lemang nak makan takder hahaha. Balik je kampar makan tak hingatt.
Kalau di Johor, 2 3 hari sebelum raya..aku akan di tugaskan untuk menganyam ketupat dengan daun kelapa. Skill anyam ketupat diwariskan oleh ayahnda aku masa aku 16 tahun. Adik-adik yang lain tak berjaya diwariskan. So hanya ayahnda dan aku lah yang akan menganyam dan isi ketupat dengan beras sebelum direbus selama 5 jam..lama ooo
Tapi orang sekarang suka masak ketupat segera..aku tak berapa suka pasal tak asli hehe. Bonda pula akan masak kueh feveret dia, kueh ros. Orang Perak panggil kueh LOYANG.My bonda punya kueh ros the best in Tangkak, and some say in Johor and Singapore ok heheh. Kerepek Pisang, Kerepek Ubi Pedas (my favorite)...
Walaupun akan syahadu di pagi raya nanti, namun dengan kehadiran Damia buat kali pertama meraikan Hari Raya Aildilfitri. Raya tahun ini pasti lebih bermakna.Tak sabar nak tengok keletah dia dengan baju kurung nanti...
9 Ulasan
p/s:
bro open la name/url comment so that senang aku nak tinngal komen... x yah gi openid...thx
hehe lebih kurang lah bro. Ada petua nak share ke hehe
Aku pun tak sabar nak tengok Aina anakku tertonggeng2 nanti pakai baju kurung..hehehehe
Aku raya umah mentua oker jer boss. Tapi jeles tu tetap ade sebab rumah mak aku lagi meriah. Kat Kelantan mana meriah macam Kg Pulau Jawwee..!! hahaha
alah biasa lah first time, dah biasa lain lah tu jerk huk huk
ekekekke... x per lan
adil dan saksama
jgn sedey2 la...
raya mana2 pun sama saja
yang penting kena pandai hidup kan suasana..
dan pandai mengisi ruang kegembiraan tu
SELAMAT HARI RAYA BRO... huhuhu
p/s: ct beraya di umah sendiri thn ni.. sila jgn jeles yek! :P
oo selamat ye balik kuantann
Wish u happy berbuka puasa!
holiday off course one week