Jangan Ketuk Nanti Terbakar


Peringatan apabila mengisi minyak .......



Kalau kita ke stesen minyak, selalunya ada tanda arahan yang mengingatkan kita

agar jangan menggunakan handphone, matikan enjin kereta dan jangan merokok

kerana benda-benda ini amat bahaya....



Ada satu lagi perkara yang tidak diberikan amaran / larangan langsung sedangkan

ianya tidak kurang mendatangkan bahaya. Selalunya apabila kita memasukkan nozel

ke dalam muncung tangki kereta, kita akan menunggu sehingga habis minyak yang

kita beli. Kebiasaannya juga apabila nozel hendak dikeluarkan, kita mengetuknya

pada muncung tangki supaya titisan-titisan terakhir petrol masuk ke dalam tangki

dan tidak tertumpah.



Tapi awas . Ambil perhatian bahawa nozel tersebut adalah besi, muncung tangki

juga diperbuat dari besi. Sekiranya terdapat karat pada nozel dan muncung tangki

pula bergerigi, kemungkinan bila kita mengetuknya api akan menyala ('spark').



Janganlah disebabkan tidak mahu rugi setitik dua petrol, kebakaran pula yang terjadi .



Dinasihatkan: Utamakan Keselamatan!



Jangan ketuk , tapi biarkan nozel tu lama sedikit untuk memastikan minyak telah

berhenti mengalir.

Catat Ulasan

2 Ulasan

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata…
salam, nasihat tu memang berguna lebih-lebih lagi untuk orang macam saya yang jarang prihatin ngan benda-benda cam tu
iMz berkata…
aku selalu buat cmtu lepas isi myk...lepas ni bila dh tau cm ni...x buat dh la aku..buat meletup kete aku dgn satu stesen myk tu kang....eee...ngerinya...