Sebab wanita lebih cepat nampak tua


Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana
menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi
tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para
wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan
sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita,
sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasi han kaum ibu ni,
terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak
memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung
makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk
sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka
membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah
yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir.
Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya
mengatakan "kau ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido
mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun,
malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh
kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah
muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu
guna Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk
cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk
membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya
dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya...
nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2,
banyak leter, so cepatlah jadi tua..


Kesimpulannya...wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan
LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala
pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda
tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda
mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

Catat Ulasan

3 Ulasan

Qaseh Bidadari berkata…
betul tu...

yg nbr 2 tepat dgn mama..

hehehe...

sayangkan kalo x abis...
Tanpa Nama berkata…
mm saya plak mkn yang wife tak habis

ni yang naik cepat badan nih hehe
Mommy Lily berkata…
yea ! saya setuju...hrp suami saya baca entry nih..hehe