4 Nov, setahun yang lalu


" Aku terima nikahnya *****a Bte S***d dengan mas kawinnya RM 101 tunai....." "sah?" "saaah " akhirnya...lafaz nikah aku yang ketiga..LULUS :)

Sejam sebelum itu..

Sanak saudara masih berkumpul di rumah sepupu aku. Ada yang datang terus dari KL ke Tapah. Rumah pengantin perempuan hanya 15 minit dari Tapah.So masing-masing ambil sikap sambil lewa. Lagi pun 11.30 pagi nak akad nikah.Bersembang dahulu, beli sarapan, dan baru ada yang nak mandi.

Jam 10.45 pagi ada yang masih bersiap untuk mandi.Faham-faham je lah, kalau dah ramai-ramai berkumpul. Anak-anak sepupu aku masih bekejaran.Aku pula hanya tersenyum melihat telatah mereka.Debaran hati masih kuat, hehe nak akad nikah lah katakan.

11.00 pagi, tunang (sekarang wife) telefon tok kadi dah sampai. Ok lah.Then, dia bagitahu Tok kadi nak make sure sampai tepat pada waktu sebab ada majlis lain nak di uruskan. Dalam hati aku kecoh lah tok kadi ni, pagi ni lah jugak nak handle majlis lain.

Terus aku menggesa semua untuk bertolak pergi.Tup tup 11.15 baru semua settle. Semua dalam 10 buah kereta. Perjalanan kami tergangu dengan kesesakan jalan, ada kerja-kerja pembaikan jalan dilakukan. Sekali lagi aku hangin, "apsal lah hari ni ko nak repair jalan arghhhh"

Teka pukul berapa kami sampai.?.hampir pukul 12 tengah hari. Bayangkan muka Tok kadi yang menyambut kami di pintu rumah. Dalam hati "habis lah aku kali ini, Tok kadi dah merenung tajam tu"

Selepas itu...tak payah lah citer...hehehe
Malu lah..teruk jugak lah kena dengan tok kadi tu..sampai 3 kali akad.

Moral of the story : Sediakan payung sebelum hujan

Catat Ulasan

5 Ulasan

shafarina berkata…
Ala, lambat wish 3 hari lak

Happy 1st Anniversary!!
Yaya berkata…
Happy 1st Anniversary Syg!!
lankapo berkata…
thanks Kak Wan..

Luv U syg..happy anniversary to u too
Mr. Right berkata…
Selamat ulang tahun perkahwinan kepada korang berdua.
lankapo berkata…
heheh thanks dud