Buat Duit Online dengan Affiliate Kerjaya Maukerja

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,





Dalam sebulan dua ini saya sibuk promosikan link kerja kosong di JomCariKerja.co. Mula-mula macam segan juga sebab reply mesej orang yang kita tak kenal dan gunakan FB sendiri untuk promote di group.

Tapi bila tengok trafik tinggi, terus hilang rasa malu dan segan. Malah seronok pula, bila tengok Google Analytic. Statistik real time menunjukkan ada je orang yang view website kita.

Kalau tak trafik asyik krik krik je. Income melalui affiliate kerja kosong pun boleh tahan. Setiap calon yang register dan mohon kerja. Kita akan dapat bayaran. Bila cukup RM 100 dah boleh cash out.

Tapi itulah dalam sibuk promosikan kerja kosong ni, kita akan berjumpa dengan pelbagai manusia dengan bermacam ragam dan latar belakang.

Saya baru tersedar rupanya ramai lagi di luar sana yang tidak mempunyai sijil sekolah sedang mencari pekerjaan. Ada yang menyesal kerana tidak ambil SPM semasa sekolah dulu.

Tetapi macam mana pun walaupun tidak punya sijil, mereka mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang kerja. Dari admin ke kerja restaurant serta telemarketing.

Tawaran Kerja Kosong Scammer

Ada juga iklan kerja kosong yang scam. Offer gaji tinggi tak masuk akal untuk SPM. Tetapi rupanya setelah masuk kerja, disuruh melabur dengan buat loan.

Tidak cukup dengan itu mereka disuruh untuk ajak ibu bapa sedara mara untuk buat pelaburan juga.

Mereka akan dipujuk secara halus dan kemudian akan diugut untuk diberhentikan kerana tidak membawa masuk pelaburan. Macam ini jenis scammer pun ada.

Ada satu lagi tawaran scammer yang popular adalah kerja di rumah. Sebelum hendak kerja perlu buat bayaran tertentu untuk dapatkan kertas dan peralatan lain.

Bila dah buat bayaran, barang yang di tunggu tak kunjung tiba. Scammer pandai hanya mengenakan bayaran serendah RM60, tetapi nilai itu cukup besar untuk mangsa dengan harapan tinggi untuk mengubah nasib mereka.

Untuk yang baru lepas SPM atau fresh grad mungkin akan mudah terpedaya dengan sindiket ini. Saya nasihatkan agar pencari kerja agar berhati-hati dengan  tawaran kerja yang tidak masuk akal serta meragukan.



Lakukan semakan di FB atau buat carian di Google tentang sesuatu syarikat sebelum pergi temuduga. Ini penting untuk megelakkan anda dari membuang masa dan duit minyak.

Percayalah hasil rezeki dengan menipu orang ini tidak akan kemana dan tidak berkat. Banyak sudah berlaku di depan mata. Doa orang yang teraniaya cepat makbul. Itu sahaja pesan saya.


Cara Buat Duit Online Dengan Kerja Kosong


Cara untuk buat duit online dengan promosi link kerja kosong adalah mudah sahaja. Anda hanya perlu daftarkan diri di Maukerja. Portal kerja kosong ini memang terkenal kerana terdapat pelbagai iklan kerja kosong dari cleaner kepada executive. Dari yang minta kelulusan kepada latihan akan diberikan.

Tugas anda hanya perlu promosi kan link kepada mereka yang mencari kerja dan bantu mereka apply menerusi link anda. Anda akan dibayar komisyen mengikut jenis pekerjaan yang anda promosikan.

Apabila pendapatan anda mencecah RM100, anda akan dibayar melalui akaun bank anda.

Buat Duit Online dengan Afiliate Kerja Kosong Maukerja


Sebelum anda memohon untuk menjadi ejen Affiliate MAUkerja, pastikan anda sudah mempunyai FB page dan website anda sendiri. Jika perlu anda boleh hubungi saya di wassap untuk dapatkan atau bina website kerjaya.

Saya akan cuba bantu anda untuk apply dan dapatkan website yang sesuai.

Jika anda tidak mahu apply dengan maukerja, anda boleh daftar dengan Seekers.com.my. Portal kerja ini juga menawarkan affiliate untuk anda promosikan jawatan kosong di website mereka.




Ganjaran dari Seekers.my adalah lebih lumayan HANYA JIKA calon anda pergi interview dan berjaya menjawat jawatan tersebut.

Jika mereka layak dan pergi interview di syarikat tersebut, anda akan menerima RM30. Kemudian jika mereka berjaya mendapat pekerjaan tersebut, anda akan menerima  24% dari gaji pertama mereka. Menarik bukan 🤑

Anda tidak perlukan website atau FB page untuk mendaftar. Tugas anda hanya perlu mencari calon yang betul-betul berkualiti dan berkelayakan untuk kerja kosong tersebut.

Anda boleh register  di sini Seekers.com.my

Kebiasaanya calon-calon yang berkualiti seperti ini mempunayai akaun di Linkedin, mungkin anda boleh mencari calon anda di sana atau promosikan kepada kawan-kawan yang anda kenal sedang mencari pekerjaan.


Cara Untuk Promosi Iklan Kerja Kosong


Anda boleh promosikan di social network anda.
  •  Facebook Profile, FB Group, FB Page
  • Twitter
  • Instagram
  • Linkedin
Hati-hati jangan sampai spam pulak. Promosi dengan cara berhemah.

Untuk peringatan jika anda post link anda di FB lebih 3 kali dalam masa yang singkat. Link anda akan di remove oleh Facebook.

Promosi dengan bijak. Kaedah yang saya gunakan adalah dengan meletakkan gambar/screenshot tentang kerja yang ditawarkan dan minta mereka PM untuk link. 

Jika tidak buat penat sahaja taip di komen tetapi kemudian akan diremove oleh Facebook.



Niat Untuk Bantu


Pada mulanya memang agak penat sedikit promosi link kerja ini sebab kena reply satu satu pm prospek yang nak cari kerja kosong.

Tapi bila kita dapata ucapan terima kasih dan doa , terus hilang rasa penat tolong carikan link kerja untuk calon.

Kita kena yakin kalau kita bantu dan mempermudahkan urusan orang lain,  insyaAllah, Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita.

Rezeki tak semestinya dalam bentuk wang ringgit kadang-kandag Tuhan bagi dalam bentuk lain seperti kebahgiaan , kesihatan dan permudahkan urusan lain. Ini juga adalah bentuk rezeki

Yang penting kita perlu sentisa bersyukur kerana banyak lagi di luar sana yang sedang mencari kerja

Saya pernah alami dahulu, terpaksa pergi ulang alik ke pekan beli paper The Star Sabtu sebab hari itu sahaja ada iklan kerja kosong yang paling tebal. Harga pun RM 1 rasanya dulu.

Dari situ la saya  tengok iklan yang sesuai, pos resume dan print surat. Memang banyak keluar modal.  Nasib baik akan dihubungi oleh HR untuk ditemuduga.

Zaman sekarang dah mudah sebab boleh buat post terus di FB, majikan yang kena cari pekerja. Ada jugak majikan yang merungut kerana ramai yang main-main cari kerja

Bila dah dapat besok nya tak datang. mungkin usia masih muda tak pikir panjang, tapi dalam masa yang sama menyusah kan orang lain,

Kalau nak kerja utamakan pengalaman. kalau ada ijazah pun , fresh grad kena ambil pengalaman dulu untuk kerja, janji ada kaitan dengan bidang yang diambil. Belajar dari bawah. Baru ada value pengalaman kita. .





Catat Ulasan

4 Ulasan

jagbir berkata…
Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

Keep it up!
Hairul Hissam berkata…
macam2 cara scammer nie menipu. sampai org baru cari kerja pun dia umpan juga. Bagus bro dedahkan penipuan spt nie.
Unknown berkata…
Mau Duit Untuk Masa Hadapan disamping membantu orang orang yg memerlukan
Elih Japahar berkata…
Bagus ada platform tambah income macam ni...