Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar pembaca sekalian? Baju raya berapa pasang tahun ni? Maklumlah raya dah nak dekat. Tentu meriah persiapan raya tahun ni. Raya tahun ni kami beraya di perantauan. Hari-hari layan lagu raya je di radio sinar fm di internet.
Untuk entri kali ini , saya ingin berkongsi cara untuk menapis atau block iklan-iklan Adsense yang tidak patuh syariah. Dengan kata lain, iklan yang tidak sesuai dipaparkan di blog kita tanpa kita sedari.
Dalam keghairahan kita buat duit dengan Google Adsense, perlu diingat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari punca rezeki yang halal, walaupun online. Walaupun sekadar 1 klik sahaja.
Daripada satu klik itulah macam-macam boleh terjadi. Maklumlah iklan yang dipaparkan di Google Adsense adalah berdasarkan interest pelawat kita. History search, video yang dia suka lihat, semua data ini ada dalam data Google.
Tetiba macam ustaz pulak. Tapi percayala cakap saya. Rezeki yang halal adalah lebih berkat. Banyak dah jadi depan mata, punca rezeki yang diragukan menyebabkan macam-macam masalah pada masa depan.
Ada cara mudah untuk kita block category iklan-iklan yang tidak sesuai atau sensitive dari dipaparkan di blog/website kita.
1. Sila login ke akaun Google Adsense anda.
2. Di bahagian menu sebelah kiri , klik "Allow and Block Ad"
3. Pertama sekali, sila pergi ke tab "Sensitive Categories" , anda boleh block iklan tentang "Birth Control" dan "Social Casino Games".
4. Seterusnya, anda boleh pergi ke tab General categories. Lakukan Search di bahagian atas kanan untuk category seperti berikut

Cara Untuk Block Iklan Adsense Yang Sensitive

Alcoholic Beverages
Beer
Leisure Gambling
Nightclub, Bars and Music Clubs
Wine
Kemudian anda boleh blocked kategori iklan tersebut.
Pilihan di Tangan Anda
Walaupun iklan yang datang dari kategori diatas lebih lumayan pay per click nya, tapi sebagai muslim biarlah kita mencari sumber yang baik.
Bukan nak berlagak alim sangat tapi insyaAllah kalau kita berusaha mencari yang HALAL, Allah SWT akan mempermudah kan urusan rezeki kita.
Selepas kita block, pada bahagian optimization suggestion nanti akan ada beri cadangan untuk unblock kategori berikut, untuk lebih menjana pendapatan online dengan Google Adsense. Ingat pilihan di tangan anda.
1 Ulasan