Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sebelum ini ada saya ceritakan entri berkenaan bagaimana untuk setup website ecommerce. Kesinambungan dari pada itu, saya ingin berkongsi tentang cara untuk integrate payment gateway senangPay dengan website ecommerce.
senangPay merupakan payment gateway online yang membolehkan pembayaran dilakukan secara online oleh customer menggunakan kad debit/kredit dan perbankan online.(PFX)
senangPay juga boleh dipasang di blog, Facebook, Instgram dan twitter dengan meletakan url atau link yang disediakan oleh senangPay. Anda hanya perlu create payment form dengan memasukkan detail produk dan harga di bahagian Dashboard.
Pakej senangPay
- Tiada registration fee
- Subscription fee adalah RM 200 untuk satu tahun
- Untuk kredit/debit kad, 3% caj akan dikenakan untuk setiap transaksi.
- Untuk setiap transaksi perbankan online pula, RM 1.50 akan dicaj.
- senangPay akan membuat pembayaran pada hari Rabu dan Jumaat.
- Minimum cash out adalah RM100.
Pastikan anda telah mempunyai sijil SSM dan akaun bank syarikat sebelum mendaftar dengan senangPay.
Integrasi senangPay dengan Woocommerce
Untuk install senangPay dengan website ecommerce anda, pastikan plugin Woocommerce telah di install terlebih dahulu. Ini untuk mengelakkan masalah pada website ecommerce anda.
1. Pastikan anda telah install dan activate plugin Woocommerce
2. Pergi ke Wordpress Dashboard, klik plugin dan add new
3. Bahagian search, cari senangpay
4. Terus install dan activate
5. Pergi ke menu WooCommerce, settings, Checkout, senangPay
6. Isi merchant id dan secret key anda. Dapatkannya di https://app.senangpay.my
7. Tick "Enable this payment gateway"
8. Save changes button
9. Di senangPay Dashboard, pastikan anda telah letakkan url website checkout contoh www.androidps.com/checkout anda di bahagian "return url" dan "callback url "
10. Sila pilih ‘Ignore the response’ untuk callback response, kemudian tekan "Save".
11. Sila tinggalkan kosong sahaja untuk bahagian‘Return URL Parameters’.
Anda boleh rujuk video tutorial dibawah untuk memudahkan pemahaman anda tentang cara untuk memasang senangPay dengan web ecommerce anda.
Diharap perkongsian ini dapat membantu anda. Sila tinggalkan komen jika ada sebarang pertanyaan.
0 Ulasan