Sebab Beauty and The Beast ditangguhkan Tayangan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,


Terperanjat juga bila baca news tentang tayangan movie Beauty and the Beast terpaksa ditangguhkan di Malaysia. Cerita animasi popular ini merupakan animasi pertama yang aku tengok di sekolah semasa kelas bahasa Inggeris. 

Masa kelas bahasa Inggeris, memang sangat teruja sebab subjek paling best. Kelas diasingkan ikut set. So takdelah tengok muka yang sama sahaja. Cikgu pun sporting dan fun.

Lepas tu lagi seronok kalau pergi library. Sebab mesti tonton movie di library. Kalau duduk asrama, tengok tv memang terhad, apa lagi nak tengok movie. .

Actually memang dah plan nak bawak family tengok di Kentpark Mall. Di sini tiada pula berita tayangan movie Beauty and the Beast ditangguhkan. Tapi risau jugak, kenapa di Malaysia ditangguhkan.





Adegan Minimal 

Bila buat search, sebab utama Beauty and the Beast ditangguhkan penayangan kerana pendedahan oleh director Bill Condon tentang terdapat adegan gay/homo eksklusive dalam filem tersebut.

Yang aku tak fahamnya, apa motif ko nak letak jalan cerita gay dalam tu. Adui, cerita untuk budak- budak je pun. Ataupun saja je nak controversy untuk lariskan lagi filem ni. 

Mungkin juga cara halus untuk kanak-kanak menerima golongan LGBT ini sebagai normal. Payah jugak.

Terdapat satu artikel review dari cosmopolitan yang kritik scene gay ini terlalu minimal dan orang yang telah menonton tidak perasan pun. 

(Spoilers ahead: In reality, the "surprise for gay couples" is a blink-and-you'll-miss-it moment. LeFou possibly gazes a little too long at Gaston at times, and at the very end he dances with a man, but it's not a major part of the movie by any means.) source : cosmopolitan

So lega lah sikit bila baca. So di Malaysia boleh lah potong scene menari dengan lelaki tu. Ingatkan scene yang obvious sangat. Jenuh lah nak menjawab bila anak tanya. 

Damia dah la memang minat Belle. Siap beli kostume Bell lagi untuk Birthday Party. 


Catat Ulasan

0 Ulasan