BR1M 2017 Tidak Lulus Sebab SSM?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 


Viral nampaknya isu BR1M 2017 tidak lulus kerana SMM. Sampai banyak trafik yang masuk blog ini untuk cek entri 36 kod sebab gagal BR1M. Biasa trafik dalam ratus ratus je. Hari ni dan semalam beribu masuk. Semuanya penangan BR1M 2017.



Ramai yang meluahkan rasa terkilan dan kecewa di media sosial kerana permohonan BR1M 2017 gagal. Sebelum ini dapat tapi sejak mendaftar dengan SSM terus permohonan BR1M 2017 tidak lulus. Ada surirumah daftar SSM sebab meniaga dropship dan online, bila suami mohon BR1M tak dapat. Siapa tak marah kan. Pendapatan meniaga online bulan bulan bukanlah tetap.

Masih Ada Harapan


Aku sempat sembang dengan adik aku pegawai LHDN mengenai isu ini. Untuk memastikan BR1M hanya diterima oleh golongan yang benar-benar layak. Pihak LHDN terpaksa melakukan tapisan yang ketat. Oleh itu jika ada yang sudah mendaftar SSM dan tidak declare pendapatan (bukak file) di LHDN.  Permohonan terpaksa tidak diluluskan kerana tidak dapat menentukan pendapatan sebenar pemohon. Ini yang menjadi masalah. 

SSM tak salah dalam hal ni. Betullah peniaga kena mendaftar sebab berapa banyak peniaga online yang melakukan penipuan di internet. Nanti kata SSM tak buat kerja pulak.

Terdapat kekeliruan kerana ada yang pergi ke pejabat SSM untuk buat pengesahan, komen di FB SSM dan PM. Biar kita miskin tapi jangan miskin adab. Kalau ada rezeki BR1M insyaAllah ada.



Menurut halaman rasmi e-BR1M , 

  Untuk makluman, permohonan yang berstatus Tidak Lulus (Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan) tuan / puan TIDAK perlu hadir ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk sebarang pengesahan. Tuan / puan boleh hadir ke Cawangan LHDNM semasa tempoh rayuan (3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017) untuk permohonan rayuan BR1M 2017.
Jika anda layak untuk dapat BR1M, just hadir ke Cawangan LHDN berdekatan semasa tempoh rayuan dengan dokumen yang berkaitan. Saya doakan urusan anda dipermudahkan.

Jika ada yang daftar SSM suka suka tapi bisnes tak ada pun, boleh batalkan pendaftaran SSM dengan kemukakan borang C di pejabat SSM berhampiran. Untuk makluman, pendaftaran SSM akan terbatal secara automatik setelah setahun sijil SSM tamat tempoh.

Semua sedia maklum keadaan ekonomi Malaysia sekarang. Bukan pemohon BR1M je yang ada masalah, pensyarah universiti awam pun tengah pening sebab beribu staf dan pensyarah kena buang. Saya harap anda semua dapat bersabar. 

6 Sebab Gagal Permohonan BR1M 2017


Berikut adalah 6 sebab lain permohonan BR1M 2017 anda gagal. Penerima BR1M perlu mengemaskini maklumat peribadi mereka sekiranya terdapat sebarang perubahan atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun bagi mengelakkan permohonan ditolak.



1. Tidak Kemaskini Permohonan
- Tidak Mengemaskini permohonan BR1M bagi tempoh 3 tahun kebelakangan (2014)

2. Maklumat Peribadi 
- Maklumat peribadi tidak tepat seperti nama dan no. kad pengenalan.

3. Jumlah Permohonan
- Memohon lebih dari satu kali (suami & isteri membuat permohonan berasingan)

4. Tanggungan
- Maklumat tanggungan yang tidak tepat

5. Maklumat Pasangan
- Tiada maklumat pasangan bagi permohonan berstatus kahwin

6. Dokumen Peribadi
- Tidak menyertakan dokumen pengesahan seperti dokumen kematian pasangan, dokumen pengesahan perceraian dan penyata gaji.

Catat Ulasan

0 Ulasan