PEMOHON | PENDAPATAN SEBULAN | BAYARAN BR1M | TARIKH BAYARAN |
KELUARGA
| |||
< RM 3000 | RM 950 | ||
RM 350 - SEPT | |||
< RM 3000 - RM 4000 | RM 750 | ||
RM 350 - SEPT | |||
Alhamdulillah, nampaknya berita baik buat penerima BR1M 2015. Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat akhir yang sepatutnya dibayar pada hujung bulan ini telah dipercepatkan kepada hari Isnin 21 September 2015 ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan bersetuju pembayaran tersebut dipercepatkan berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha pada 24 September ini.
“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Pembayaran BR1M 2015 peringkat akhir ini sebanyak RM 350, hanya untuk penerima berkeluarga yang berpendapatan bawah RM 3 Ribu dan RM 4 Ribu sahaja. Kepada penerima bujang, cukupla sekali pembayaran sebanyak RM 350 pada Januari lepas. Kalau nak lebih, kena kawin cepat :).
So hari Isnin nanti, bolehla check akaun bank anda kerana pembayaran BR1M 2015 akan dikreditkan terus ke akaun masing masing. Doa doa, mana tahu kerajaan bermurah hati untuk bagi lebih dari RM 350 ke RM 3500 :)
Kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan tersu ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.
PUTRAJAYA
18 Sept. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat akhir yang
dijadual akan dibayar pada akhir bulan ini dipercepatkan kepada hari
Isnin ini.
“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidiladha nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan supaya pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat.
Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari lalu manakala peringkat kedua pada 28 Mei lalu.
Ahmad Husni berkata, pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing-masing.
Katanya, bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.
Selamat Menyambut Hari Raya Korban, Hati hati memandu pulang ke kampung. Di Turki, hari Isnin dah start cuti. 5 Hari cuti umum sempena Hari Raya Korban. Memang betul betul raya...
0 Ulasan