Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sebelum ni aku ada story pasal berpuasa di Turki. So tak complete la kalau tak bercerita pasal raya pulak kan. Tapi nak bercerita pasal raya ni yang sedih ni, sayu sebab first time beraya di perantauan. Biasa paling jauh beraya di rumah mentua je..
Tapi nak sedapkan hati, kami bertiga bercadang beraya di Istanbul. Alang-alang tak dapat beraya bersama keluarga di kampung, baik kami jalan-jalan. Di Ankara pun ramai Malaysian yang balik.
Masjid Biru
So untuk trip Istanbul 2015 kali ni, aku plan sendiri. Mula-mula plan nak naik keretapi ke Istanbul tapi cancel sebab stesen last di Pendik tu jauh lagi dari hotel yang kami booking. Stesen Pendik terletak di bahagian Asia manakala hotel Rast yang kami book terletak di bahagian Barat, area SultanAhmet. Jarak dalam 40km. Aku tanya staff di Istanbul kalau naik taxi dalam 150 lira. Lepas tu tanya hotel, dia nak 70 euro. Lemak plak hotel ni.
Masjid Biru dari Hotel Rast
Idea naik bas ni, dicadangkan oleh staff information centre di Stesen Keretapi Ankara (Ankara Gari) semasa kami nak beli tiket keretapi. Dia yang bantu kami belikan tiket bas Kamil Coach ke Istanbul.
Tiket di beli pada pagi raya 7:30 pagi. Nasib baik solat raya kat sini jam 6:13 pagi. Sebab sini terbit matahari awal, jam 5: 30 pagi. Khutbah dia pun ringkas. Habis solat terus naik teksi ke Stesen bus Ankara (ASTI Ankara).
Perjalanan mengambil masa 5 jam setengah. Kami sampai di Istanbul Bus Station. Naik teksi ke Hotel kena pau 60 lira. Teksi tak pakai meter, memang lemak berkrim. Sampai hotel terus mandi tukar baju raya. Terus menuju ke Masjid Biru, amik gambar puas-puas.
Esoknya, kami naik Bosphorus Cruise. Beli token train di SultanAhmet, 4 lira satu token. Naik train dan berhenti di Eminonu. Dari situ boleh nampak, jeti Bosphorus Cruise. Kami beli tiket pergi balik berharga 25 lira.
Eminonu - Besiktas - Sariyer - Kavagi - Kanlica
Bosphorous Cruise
Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. Dalam cruise ada minuman dan makanan ringan boleh beli. Pemandangan memang cantik dan lalu bawah jambatan menghubungkan benua asia dan barat.
Sampai di Kavagi, cruise akan berehat di sana dalam 2 jam lebih. So kita boleh jalan-jalan, makan dan beli barang-barang cenderahati di kawasan Kavagi.
Kitaorang pun sempat makan ikan bakar di tepi pantai sambil beri ikan makan. Anak aku Damia paling excited bagi ikan makan.
Makan Seafood di Kavagi
Petang sabtu, kami ke restoran Malaysia di Istanbul (Restoran Muhamad). Makan nasi lemak ayam dan mee kari plus karipap. Pergh memang heaven, lama tak merasa. Restoran ni sebelah Masjid Mihrimah Istanbul.
Waktu nak balik ke hotel, kami naik teksi di station teksi. Teksi ni pakai meter, sampai hotel je, tengok meter dalam 23 lira. Aku siap bagi lebih lagi. Sebab masa nak pergi ke restoran tu, taxi tu mintak 50 lira. Mula-mula dia cakap 30 lira kat luar, bila dah masuk dalam call restoran tu, terus cakap jauh pulak dan mintak 50 lira. Kena pau lagi.
Masjid Eyoup
Ahad, last day, kami decide untuk ke melawat makam sahabat nabi Ayub Al Ansari di Masjid Eyoup dekat dengan Golden Horn. Ramai kubur para sahabat yang dimakamkan disini.
Tiket pulang ke Ankara jam 2 petang. Kami naik teksi bermeter ke Istnabul BUs Station. Sampai ke rumah dalam pukul 8 malam.
First Trip sendiri memang terbaik, sebab banyak belajar tentang Istanbul. Walaupun kena bayar lebih, sebab kena pau dan sebagainya at least lepas ni dah tahu taktik mereka.
Tips Trip Istanbul 2015
- Naik teksi yang pakai meter
- Naik teksi yang beratur di taxi station bukan yang tepi tepi jalan.
- Mintak pihak hotel telefonkan teksi yang pakai meter
- Jangan layan penjual yang nak jual Bosphorus Cruise, senang dan murah naik sendiri. Boleh cari Eminonu dan naik dan beli tiket disitu.
- Jangan layan penjual minyak wangi. Taktik dia, bagi salam lepas tu tanya kita muslim ke tak. Teka negara kita. Suruh kita pegang minyak wangi dan paksa kita beli. Kita tak nak pun, dia kejar dan suruh kita beli jugak.
- Jangan layan orang Turki yang tetiba mesra dan ajak kita minum teh di kedai belakang bangunan. Bila nak beredar, dia akan pau kita cara paksa. Kawan aku dah kena, 800 Euro terbang.
- Kalau dari Malaysia, tukar duit euro baru tukar lira
- MAS Airlines akan menghentikan penerbangan ke Istanbul, September 2015
- Pilih hotel di booking.com. Area sultanahmet memang mahal rate dia sebab view cantik dan dekat dengan masjid biru.
- Area Taksim banyak hotel yang murah.
0 Ulasan