Ramazan di Ankara Turkiye

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Bulan puasa ni, nak tulis entri memang agak slow. Idea dah ada dalam kepala tapi masih diperam lagi. Entri kali ini just nak share pengalaman puasa di Ankara Turki. Maklumla, first time puasa kat tempat orang. Excited pun ada, sayu pun ada. 

Excited sebab dapat tengok budaya orang Islam Turki di sini puasa. Sayu sebab takde bazar ramadan. So takdela ayam golek, ayam percik apa lagi sate ayam.

Selera Ramadan

Betullah orang kata, orang Malaysia ni banyak penyakit sebab makanan. Makanan pelbagai citarasa dari pelbagai kaum. Itu yang unik dan bahaya. Sebab sekali rasa nak lagi. Makan biarla berpada.

Luahan perasaan dari orang yang lama tak makan mee bandung dan siakap stim limau.....makanan Turki mahaap la. Puas dah cuba nak suka, kalau dah tekak melayu tuh..bagila doner, kofte, kanat..nasi juga yang dicari.

Di Turki, walaupun 99% Islam tak semua yang puasa. Kedai makan masih penuh dengan orang yang menjamu selera. Kadang-kadang tak terasa pun seperti di bulan puasa. 

Suasa Ramadan Yang Berbeza

Kalau di Malaysia kan macam pelik dan boleh kena serbu kalau orang Islam menjamu selera di kedai-kedai makan. Di Turki, tiada siapa yang kisah. Pada aku bagus jugak, sebab secara psikologinya aku tak lah terasa sangat sedang puasa :). Sebab puasa di sini 17 jam lebih ooo, dari 3:15 pagi sampai 8:30 malam. Nasib baik tahun ni tak panas sangat macam tahun lepas. First day memang terasa la, tapi 2 3 hari lepas tu dah ok.

Teraweh tetap berjalan di masjid dan surau. 20 rakaat, ada yang buat salam setiap 2 rakaat tapi ada juga yang buat 4 rakaat. Aku buat salam yang di rumah sahaja. hehe
 
Satu lagi yang menarik, zakat fitrah kena bayar sendiri pada fakir miskin sebab amil tidak dilantik. Itu yang diberitahu oleh local staff di sini. So aku pun bayar la pada dia untuk bayar pada fakir miskin.

Apa pun, puasa di Malaysia memang terbaek. Rindu akan suasana Ramadan, Teraweh dan puasa 14 jam hehe. Selamat menjalani ibadah puasa, jadikan tahun ini Ramadhan yang terbaik untuk kita.

Selamat beramal!

Catat Ulasan

0 Ulasan