5 Tips Untuk Anda Mendaftar eBR1M 2015 Secara Online


Server Down! No Service

Saya percaya masih ramai yang belum dapat menembusi atau mengakses sistem online BR1M 2015 kerana ramainya umat yang hendak mendaftar BR1M 2015 kali ini. Sabar yer

Maklumla jumlah pembayaran sudah meningkat. Di sini ingin saya berkongsi beberapa tips untuk anda yang hendak membuat permohonan baru atau kemaskini eBR1M 2015 secara online.

5 Tips untuk anda mendaftar eBR1M 2015 secara online



1- Gunakan perkhidmatan internet yang stabil, sama ada streamyx, unifi atau lain-lain yang mempunyai kelajuan internet yang stabil dan tinggi. Ini untuk menjamin kelancaran anda mendaftar untuk BR1M 2015 tanpa gangguan.

2- Banyakkan bersabar. Kerana sabar itu separuh dari iman. Jika anda masih gagal untuk menembusi website eBR1M, anda masih ada banyak masa lagi kerana pendaftaran dan kemaskini dibuka selama sebulan (Dec 2014). Jika anda benar-benar layak, tiada siapa yang dapat mencuri slot itu dari anda jika anda mendaftar. Bukannya siapa cepat dia dapat.

3. Print semua borang yang telah diisi. Ini untuk memudahkan anda merujuk maklumat yang telah diberi. Ini kerana soalan pengesahan akan ditanya seperti nama waris, no ic isteri/suami untuk pengesahan ketika kemaskini permohonan atau semakan status secara online.

4- Sila pilih waktu bukan kemuncak untuk mengakses website eBR1M 2015. Sebelum subuh atau jam 3 pagi lepas tu solat sunat terus baru ada berkat sikit. Waktu ini traffik kurang, oleh itu lebih mudah untuk mengakses website eBR1M 2015.

5- Tolong menolong antara satu sama lain. Kalau anda sudah berjaya mendaftar atau kemaskini maklumat eBR1M 2015 anda, sila lah bantu saudara mara terdekat juga. Ibu bapa  di kampung atau adik beradik yang lain. Mudah sahaja untuk mendaftar atau kemaskini bukan. Kalau ada niat membantu pasti akan dipermudahkan.

Bonus Tip



Aplikasi eBR1M 2015 tidak direkabentuk untuk capaian peranti mudah alih, oleh itu boleh lupakan sahaja untuk akses eBR1M menggunakan iPhone 6 atau Samsung Note 4 anda.

Buat Duit Online Dari Rumah
Panduan Jana Wang Dari Rumah Untuk Wanita


Catat Ulasan

0 Ulasan