Karnival UpinIpin dan Ultraman Ribut di PICC Putrajaya
Nampaknya umpama rumah sudah siap tapi pahat masih berbunyi, ramai ibu bapa yang mengeluh dan mengadu Karnival kali ini yang paling tak best buat mereka.
Nak cari parking berjam-jam, Kena naik bukit ke PICC, Penuh sesak dalam dewan dan macam-macam lagi.
Nak cari parking berjam-jam, Kena naik bukit ke PICC, Penuh sesak dalam dewan dan macam-macam lagi.
Sebelum ini pun aku sudah 2 kali pergi Karnival Upin Ipin di SACC Shah Alam dan Dewan di area Bukit Jalil. Memang pengunjung berpusu-pusu tiba mengalahkan JomHeboh. Tapi takdelah sesak dan teruk macam ni.
Mungkin kali ini dengan kehadiran Ultraman Ribut, iklan kerap di TV dan promosi besar-besaran di blog menjadikan pengunjung bertambah 3 kali ganda.
Lokasi dan tarikh juga tidak sesuai kerana bertembung dengan event besar lain antaranya :
- MAHSA University 11th Convocation
- HO Association Conference
- Karnival Upin & Ipin 2014
- Formula E Putrajaya 2014
Yang paling penting, semua dari anak ke bapak nak tengok Ultraman lawan raksasa. Memang kuat betul pengaruh Ultraman ni. Aku pun teruja tengok.
Upin Ipin dan Ultraman Ribut sudah jadi fenomena di Malaysia.
Feedback dan Teguran dipandang Sepi
Mungkin pihak penganjur tidak menjangka peminat yang datang terlalu ramai dan tidak berpengalaman dalam menganjurkan karnival besar-besaran ini.
Aku agak ralat sikit apabila penganjur seolah-olah lepas tangan dan tidak mengambil sikap tangungjawab terhadap aduan dan keluhan para ibubapa yang hadir dari jauh.
Kesian pada anak-anak yang datang tapi tidak dapat langsung melihat kelibat upin ipin dan ultraman.
Pihak penganjur sekadar minta maaf jika ada kekurangan. Sekadar melepas batuk di tangga.
Salah ke buat status panjang sedikit, akui kesilapan dan berjanji penganjuran untuk karnival akan datang setiap maklumbalas yang diterima akan diambil kira.
Mudahkan!. Ibubapa yang baca pun sejuk hati, tenang je rasa. Jiwa pun tidak kacau, kaki yang penat mendaki bukit ke PICC pun hilang. Bahu yang lenguh mendukung anak pun lega.
Tanpa peminat, tiada siapa pun kenal Upin Ipin, jangan ingat kita dah popular sekarang ni tak nak dengar keluhan rakyat marhein.
Hidup ibarat roda, sekejap di atas dan sekejap sahaja boleh di bawah.
Jangan sangka kita akan popular sampai bila-bila. Pernah dengar jenama NOKIA!
0 Ulasan