Main Bola
Waktu sekolah adalah pengalaman paling best. Lebih-lebih lagi bila sekolah berasrama, sungguh berdikari rasanya. Semua diuruskan sendiri. Banyak pengalaman yang dikutip ketika bersekolah asrama ni.
Aku dulu Sekolah Sains di Pahang. Matapelajaran yang paling digemari oleh budak lelaki adalah Pendidikan Jasmani (PJ). Sebab boleh main bola di padang. Lagi best kalau subjek sebelum PJ tu cikgu takde. Memang kita orang turun awal dan habiskan masa di padang. Main bola sampai lebam, matahari atas kepala pun rilek aje. Haha
Paling tak best sekolah ni bila kena denda. Lambat pergi sekolah kena tahan, lambat pergi prep kena denda. Buat bising dalam kelas waktu prep kena rotan. Macam-macam lagi denda la.
Cikgu Bahasa Inggeris
Antara kenangan yang tak boleh dilupakan adalah dengan Cikgu Bahasa Inggeris aku. Lama jugak rahsia ini aku simpan. So korang kira bertuah lah dapat baca.
credit Amar Kaori Wong |
Kisah ni berlaku masa aku tingkatan 5, senior biasala kalau pergi lambat sikit ke Prep, rambut panjang sikit ke, otai kan hehe. Subjek favorite masa form 5 ni , off course la English. Cikgu dia sporting, dan belajar pulak ikut sect, maknanya kita akan tukar-tukar kelas dan jumpa dengan budak kelas lain. English is Fun :)
Cikgu English Feveret mesti lah Cikgu Suraya (bukan nama sebenar). Ada sekali tu, cikgu suruh buat essay, tiba-tiba aku blank takde idea. Aku cakap kat cikgu suraya, Teacher, I don't have any idea to write an essay". Terus cikgu cubit manja gitu. Terus dapat idea nak menulis essay haha.
Kena Rotan
Suatu hari, waktu perjalanan nak menuju ke kelas untuk prep petang. Aku kena tahan dengan cikgu disiplin. Biasala sebab lambat. Kenala rotan 2 kali, aku ingat lagi pecah butang poket belakang seluar aku. Punyala kuat kena rotan.
Ramai budak kena, sebab lambat. Memang hari tu malang sket sebab cikgu disiplin buat perangkap offside pulak. Biasa ok je lambat sket. Besok petang, waktu prep petang, ada sorang budak perempuan ni panggil aku. Dia cakap cikgu Julia nak jumpa kat bilik guru, aku dah berdebar-debar. Petang-petang mana ada cikgu kat bilik guru. Seram sejuk pun ada.
Peristiwa di Bilik Guru
Aku pun melangkah menuju ke ke bilik guru, ternyata kosong. Bila aku menoleh di penjuru hujung sebalah sana kelihatan cikgu Julia sedang berdiri memandang aku. Terus dia panggil aku "azlan, come here". Lepas tu cikgu- cikgu perempuan yang lain pun turut muncul entah dari mana. 4 orang rasanya, semua bagi lecture aku sorang. Brainwash aku sebab diaorang tahu aku lambat dan kena rotan. Aku pun pelik. Sejak bila diaorang concern pasal aku ni. Aku kat sekolah tak popular pun, buat hal sendiri je.
Apa pun, aku pun akur dengan nasihat cikgu-cikgu , janji lain kali tak buat lagi. Sayang jugak cikgu-cikgu perempuan ni kat aku. Dan ayat aku tak boleh lupa sampai sekarang, cikgu Julia cakap "Muka dah la handsome, sayang kalau tak belajar betul-betul". Terus merah malu-malu aku rasa. Perjalanan ke kelas aku terasa jauh, sebab terngiang-ngiang perkataan tu dalam fikiran sambil tersenyum sorang-sorang
HAHAHA Jangan marah yer kawan-kawan. Cerita ini memang benar-benar berlaku cuma diolah agar nampak lebih mencemaskan. Lepas perstiwa itu, aku mula fokus belajar dan tidak main-main lagi. Terima kasih Cikgu.
Masa ambil SPM result, aku ada jumpa Cikgu Bahasa Inggeris aku. Dia agak kecewa sebab aku tak score subjek dia. Selepas SPM, aku terus melanjutkan pelajaran ke UiTM di hatiku. Sekian..
0 Ulasan