# Ustaz Azhar Idrus Marah
Assalamualaikum sahabat semua. Marah betul Ustaz kali ini.Aku pun tak tahu kalau sesaja pegang hukumnya HARAM. Aku pun takut nak pegang. Takut kena gigit. Sebab dulu masa kecik kecik selalu kena kejar anjing. Hehe
Penuh jugak wall facebook dengan isu #Iwant to touch a dog. Ramai awek-awek comel yang datang ke program itu. Berselfie dengan anjing yang berbulu lebat. Rugi tak datang tengok. :)
Di Ankara ni, memang banyak anjing terbiar. Besar-besar pulak tuh. Tapi orang Islam Turki rilek je sebab mazhab Hanafi berpendapat najis hanya pada cecair badannya sahaja. Diorang memang bagi makanan dan minuman untuk anjing-anjing terbiar kat area perumahan ni. Especially musim sejuk ni. Kesian jugak kat anjing-anjing tu.
Pun demikian, masih wujud khilaf ulamak dalam kenajisan anjing. Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah meringkaskan khilaf itu seperti berikut:
1. Anjing itu tidak najis keseluruhannya sama ada bulu kulit atau cecair badannya (kecuali najisnya yang dianggap mutawassitah). Ini adalah pendapat mazhab Maliki. Akan tetapi sekiranya anjing itu menjilat sesuatu, maka ianya perlu disamak. Syeikh Yusuf al-Qaradawi cenderung kepada pendapat ini.2. Anjing itu najis termasuklah bulu dan cecair badannya (seperti peluh dan air liur). Ini adalah pendapat mazhab Shafie, dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal.3. Anjing itu najis pada cecair badannya sahaja, bukan pada bulu kulit badannya ketika kering. Ini adalah pendapat mazhab Hanafi dan pendapat kedua di dalam mazhab Hanbali.Sumber : abidfana.com
# Hilang Terus Cerita Minyak Naik 20 sen
Apapun anjing tetap mahkluk Allah SWT yang perlu dihormati. Tak boleh sesaja baling dia dengan batu atau kayu melainkan mengancam keselamatan kita. Ulamak sepakat kalau kering sama kering terpaksa pegang tak perlu samak. Kena ekor ke badan ke. Janji kering. Kawan aku cerita kerja dia kena masuk rumah untuk buat installation streamyx dan unifi. So ramai yang bela anjing comel-comel. So selalula dia dibelai oleh anjing-anjing comel ni, kalau tak kena belai kena kejar haha. Point dia ialah, janji kita tahu hukum dan cara nak samak. Bukan sebab ada anjing kita tak boleh buat kerja. Betul tak ?
Itu baru kerja Installer Streamyx dengan Unifi belum kerja Nurse lagi kan. Nurse lagi teruk kerja dia, hari-hari bersihkan najis jugak, darah dan nanah.
Perasan tak takde dah cerita minyak naik ke harga barang makanan naik ke. 20 sennnn. Nampak tak permainan dia.
1 Ulasan