Tidak Mahir atau Tidak Yakin
Pelik juga, kalau sudah lulus peperiksaan MUET mengapa masih tidak mahir. Adakah graduan sekadar lulus MUET untuk menyambung pelajaran ke IPT ? Apabila keluar IPT dan bergelar Graduan sudah cerita lain. Persediaan untuk temuduga adalah berbeza sama sekali dengan persediaan untuk peperiksaan MUET.
Mungkin itu yang Kementerian Pendidikan terlepas pandang, MUET bukan jalan penyelesaiannya. Dunia pekerjaan bukan sahaja memerlukan segulung ijazah dan CGPA yang tinggi, berketrampilan dan keyakinan yang tinggi juga merupakan faktor utama.
Oleh itu, tindakan untuk menaikan Band keputusan Peperiksaan MUET dilihat sebagai langkah kurang bijak kerana hanya menyalahkan sebelah pihak sahaja.
Mungkin syllabus pelajaran di Universiti perlu dikaji semula agar lebih relevan dan selari dengan kehendak industri sekarang.
Peperiksaan MUET, adakah anda bersedia?
Pada tahun 2009, 164 446 calon telah mengambil pepriksaan tersebut dan hanya 12% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang (Band 6).
Selebihnya hanya memperolehi keputusan yang kurang memuaskan.
Selebihnya hanya memperolehi keputusan yang kurang memuaskan.
Ini menyebabkan pelajar tidak dapat memilih jurusan yang diminati dan peluang untuk kenaikan pangkat samar-samar. Persediaan yang mantap dan teliti diperlukan untuk menjawab 4 bahagian dalam Peperiksaan MUET :
- Listening (800/1) - 45 Markah
- Speaking (800/2) - 45 Markah
- Reading (800/3) - 120 Markah
- Writing (800/4) - 90 Markah
Markah penuh adalah 300. Markah akan dinilai mengikut band-band tertentu, ia adalah seperti berikut :
- Band 6 - Very Good User ( 260-300 )
- Band 5- Good User ( 220-259 )
- Band 4 - Competent User ( 180-219)
- Band 3 - Modest User (140-179)
- Band 2 - Limited User (101-139)
- Band 1 - Extremely Limited User (Below 100)
Bagaimana untuk score Peperiksaan MUET
1. MUET Listening - Pelbagaikan menonton movie atau drama Inggeris untuk memahirkan skil pendengaran anda. Kalau boleh tonton dengan sarikata bahasa Inggeris bukan bahasa Melayu.
Audio soalan akan diulang sebanyak 2 kali dan pastikan anda mendengar dengan teliti. Soalan juga berkisar tentang pengetahuan Am, 1Malaysia dan Pendidikan. Pastikan anda banyak membaca.
2. MUET Speaking - Mudah sahaja, cari kawan anda dan mula praktis untuk berbual dalam bahasa Inggeris. Pastikan kawan anda seorang yang mahir dalam bahasa Inggeris. Ini penting untuk membina keyakinan diri semasa berbicara dan menyebut perkataan tersebut.
Ingat, bukan berbual dalam bahasa Manglish atau rojak. Proper English.
3.MUET Reading - Persediaan yang terbaik adalah melakukan latih tubi untuk soalan objektif ini. Fahamkan setiap soalan agar kecuaian tidak berlaku. Setiap markah adalah penting.
Cuba untuk jawab soalan Peperiksaan MUET yang lepas agar anda lebih bersedia dan kaji setiap kesalahan anda agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.
4. MUET Writing - Banyakan membaca surak khabar The Star atau NST. Salin perkataan yang anda tidak faham dan cara penggunaan dalam esei.
Gunakan masa dengan bijak. Anda ada 1 jam setengah untuk 45 soalan. Anda hanya ada 2 minit untuk sahaja.
Pastikan anda garis keyword yang penting dalam soalan tersebut. Ini penting untuk memastikan anda tidak syok sendiri semasa menjawab.
Fahamkan kehendak soalan. Contohnya : to inform, discuss, argue, compare or persuade. Cara menulis jawapan samada describing, comparing or contrasting
5. Untuk tips lebih mantap dan padu. Dapatkan Panduan MUET untuk mengetahui teknik menjawab setiap bahagiaan dengan mudah.
0 Ulasan