# Pagi di Jalan Tandang
Pagi semalam, aku bergerak ke Jalan Tandang di PJ mencari pejabat e perolehan. Ini semua gara-gara card reader aku sudah tidak boleh digunakan kerana tidak compatible dengan Window Vista. Smart Card Reader model TwinPC ni aku beli 3 tahun sudah untuk akses website e perolehan. Konon-konon untuk paperless goverment la. Senang untuk urusniaga. Mahal gila seratus lebih, card reader jek. Smart Kad pun beratus. Padahal chip macam kad pengenalan Malaysia je. Reader pun reader biasa, buleh read chip je fungsi dia. Sepanjang aku beli tuh, adalah 3 kali aku pakai. Memang jaranglah agensi-agensi kerajaan yang nak pakai e perolehan ni.
Baru ni lah ada dapat projek dari Jabatan Kebajikan Masyarakat yang nak pakai e perolehan, Mengangau lah aku nak setting balik, sampai pin dia pun aku dah lupa. Check check balik card reader pun tak buleh baca kad lagi. Driver takder. Aku call e perolehan dulu tanya, buleh tak aku mintak latest driver untuk GemPC Twin (Card Reader) ni. Operator cakap buleh dan aku buleh pergi ke pejabat untuk guna card reader mereka dulu.
# Yang NI kami tak support dah
Sampai je kat sana, aku terus akses guna pc dan card reader mereka. Terus sahkan sebut harga dan cipta nota laksana kerja. Ok setel bab tu. Terus ambil nombor untuk setup teknikal kat laptop aku. Orang tak ramai masa tuh, terus nombor aku dipanggil. Aku pun bagitahu la, aku nak update driver card reader ni, bila dia tengok jek card reader aku jenis lama terus jek dia tanya bila kad aku expired. Aku cakap lah 2012. Lepas tu dai suggest untuk aku beli kad versi baru, USB version. Cucuk direct ke laptop tak payah card reader dengan kad. Harga RM 199. Kalau beli card reader dah RM150, renew card nanti RM130 so jimat lah kalau beli USB version ni. Masalahnya card reader aku ni elok lagi.
Aku bagitahula aku nak update driver jek, card reader ni tak rosak. Selamba jek dia bagitahu eperolehan tak support lagi dah version ni. Ini version lama lah apa la bla bla. Aku cakap nanti aku tanya bos saya dulu yer encik, Dalam hati aku menyumpah seranah je, dah lah mahal cekik darah betul. Lepas tu mamat tuh buleh bagitahu kalau tak nak beli tak per, encik buleh guna di opis kami je lah card reader ni. Ingat dekat kerr
Pulang lah aku ke opis dengan hampa. Masa nak masuk keta plak, kena saman parking plak, Mmm memang malang betul la.
Hari ni, orang dari Jabatan Kebajikan Melaka reply message bagi tahu diaorang cek dalam sistem tak ada lagi. Adui takkan nak pegi PJ lagi malas betul. Aku pun google driver update untuk GemPC Twin ni, tengok ada untuk Vista. Bila dah install driver, try log in tak buleh jugak.
Try call lagi operator e perolehan, bagitahu error dia cakap kena install smart card client model. Bila dah install semua baru lah buleh log in. Terus settle masalah aku. Bagus betul Pakcik Google ni hehe.
Kesimpulannya, eperolehan ni pemalas update driver untuk card reader lama dia, dia nak customer beli baru jek. Kalau murah tak per jugak, ini beratus-ratus pakai belum tentu lagi.Macam-macam kalau nak untung cepat niii
3 Ulasan